Memaparkan catatan dengan label SUKAN. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label SUKAN. Papar semua catatan

Malaysia Ke Separuh Akhir Piala Thomas Untuk Bertemu China

mStar-Online - KUALA LUMPUR: Malaysia akan bertemu juara bertahan China pada perlawanan separuh akhir Piala Thomas Jumaat ini selepas menundukkan Denmark 3-2 pada saingan suku akhir di Stadium Putra di sini semalam.

Pada perlawanan suku akhir semalam, juara All England 2003 Muhd Hafiz Hashim muncul wira Malaysia selepas menundukkan Joachim Persson 21-12, 21-10, sekaligus mengulangi aksi di Guangzhou pada 2002 di mana beliau ketika itu menumpaskan Bao Chun Lai untuk mata kemenangan Malaysia.

Malaysia mengalahkan China, tuan rumah ketika itu, 3-1 pada perlawanan separuh akhir tetapi tewas 2-3 kepada Indonesia pada perlawanan akhir, yang merupakan kali terakhir Malaysia layak ke perlawanan akhir.