Memaparkan catatan dengan label SARAWAK. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label SARAWAK. Papar semua catatan

Karpal: Najib Cabul Undang-Undang Pilihan Raya

MALAYSIAKINI - Pengerusi DAP Karpal Singh hari ini mendakwa Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak terbabit dalam 'pembelian undi' pada pilihan raya keci parlimen Sibu yang berakhir semalam.
Beliau merujuk kepada satu majlis di Rejang Park, sehari sebelum tarikh mengundi seperti mana yang dilaporkan oleh akhbar harian bahasa Inggeris Sunday Eastern Times.

Berikut petikan kata-kata Najib yang dipertikaikan oleh Karpal itu dalam bahasa Inggeris.

“I want to make a deal with you. Can we have an understanding or not? The understanding is quite simple. I help you, you help me,”
kata Najib.

Keputusan Rasmi : DAP Berjaya Rampas Parlimen Sibu

MALAYSIAKINI - 10.58malam: DAP berjaya merampas kerusi parlimen Sibu dengan menewasan BN dengan majoriti tipis 398 undi.

Calon DAP Wong Ho Leng mendapatkan 18,845 undi untuk menewaskan calon BN Robert Lau Hui Yew yang mendapat 18,447 undi. Manakala calon Bebas Narawi Haron mendapatkan 232 undi.
Undi rosak pula berjumlah 395. Keputusan tersebut diumumkan oleh pengurus pilihan raya, Wong See Meng.
Mengenai undi pos pula, BN memperolehi 2,323 undi manakala calon DAP mendapat 70 undi dan calon Bebas pula mendapat 36 undi.
Manakala jumlan pemilih yang keluar mengundi hari ini ialah 70 peratus atau 37,919 orang. 

10.35malam: Nampaknya berlaku pertikaian kecil berhubung undi pos. Bagaimanapun, difahamkan SPR akan mengumumkan keputusan pilihan raya kecil parlimen Sibu tidak lama lagi.
Difahamkan juga, DAP menang antara 300 hingga 400 undi.

10.15malam: Di Dewan Suarah, dua pemimpin SUPP sedang mengadakan pertemuan dengan pegawai pengurus pilihan raya, Wong See Meng. Difahamkan mereka sedang berbincang mengenai kelewatan pengumuman keputusan undi pos.

Mereka kemudian disertai oleh pemimpin DAP Ng Wei Aik, Lim Lip Eng dan Ronnie Liu.
Hujan masih turun di Sibu. Penyokong kedua belah pihak yang berpayung, sedang menunggu di luar Dewan Suarah.

10.10malam: Pengerusi SPR, Tan Sri Abdul Aziz Yusof memberitahu Malaysiakini melalui SMS bahawa Borang 15 bagi undi pos sedang dibawa ke pusat perjumlahan di Dewan Suarah.

"SPR sedang menunggu keputusan rasmi undi pos," katanya.
Sementara itu, Timbalan Pengerusi SPR, Datuk Wan Omar Wan Omar berkata pihaknya akan memberi penjelasan mengenai kelewatan tersebut.

2.30 Petang - Zentrum: BN 50.6, Pakatan 49 peratus

MALAYSIAKINI - Zentrum Future Studies - NGO yang mengkaji mikro persepsi kepercayaan politik di Sibu - melibat penguasaan antara pihak yang bertanding dalam pilihan raya kecil itu.

2.30 petang: BN kembali di depan dengan 50.6 peratus undi berbanding Pakatan Rakyat 49 peratus. Manakala calon bebas pula hanya mendapat 0.4 peratus sokongan.

12.30 tengah hari: Sokongan untuk BN dan Pakatan kini seimbang, masing-masing dilihat berpeluang meraih kemenangan di Sibu.

Menurut kajian itu, BN mendapat 49.8 peratus sokongan, Pakatan 49.2 peratus dan bebas 1. peratus.

11.30 pagi: BN mendahului dengan 53.4 peratus, Pakatan 46.2 peratus dan bebas sebanyak 0.4 peratus.

Pejabat AMK Jasin

Cuaca Baik, Pengundian Di Sibu Bermula

MALAYSIAKINI - 9.15 pagi: Suasana di pusat pembuangan undi di Malaysia Barat berbeza daripada Semenanjung. Tiada penyokong kelihatan berkumpul di pusat pengundian bagi melakukan kempen di saat-saat akhir dengan membawa lambang parti masing-masing.

Hanya terdapat sekumpulan kecil penyokong parti daripada beberapa pihak di SJKC Chung Hwa. Tugas utama mereka membantu pemilih dan memantau proses pengundian.

8.10 pagi:
Cuaca cerah pagi ini menyebabkan proses pengundian lancar. Pemilih mula berbaris di tempat-tempat membuang undi untuk memilih calon pilihan mereka sama ada Robert Lau Hui Yew dariapda BN, Wong Ho Leng daripada DAP atau calon bebas Narawi Haron.

Politik Perkauman Sebati Dengan Umno-BN


SUARAKEADILAN - SIBU 14 Mei - Ahli Parlimen Kuala Krai, Dr Hatta Ramli menjelaskan Barisan Nasional adalah sebuah parti yang mengamalkan politik perkauman di negara ini malah menyokong badan bukan kerajaan yang memperjuangkan sentimen agama dan kaum.

"Rakyat kena tahu gagasan 1Malaysia yang dilaungkan oleh pemimpin Umno-Barisan Nasional hanyalah sandiwara semata-mata, pada hakikatnya tidak. Ini dapat dibuktikan dengan rancangan perhimpunan 'Bangkit Melayu' sempena 13 Mei di Kuala Terengganu.

"Perhimpunan untuk membangkitkan semangat orang Melayu itu dilihat telah bercanggah dengan keharmonian negara ini. Lagi satu kita kena telitikan kenapa pihak polis tidak menghalang perhimpunan tersebut sedangkan bila kita anjur perhimpun pelbagai amaran diberikan malah kita juga ditangkap.

2,808 Mengundi Pos PRK Sibu Hari Ini


SUARAKEADILAN - SIBU 13 Mei - Seramai 2,808 pengundi undi pos yang terdiri daripada anggota tentera, polis dan petugas Suruhanjaya Pilihan Raya membuang undi di pusat mengundi masing-masing bermula pukul 8 pagi tadi sehingga 5 petang.

Daripada jumlah itu 271 terdiri daripada petugas SPR yang membuang undi pukul 2 petang tadi di Tingkat 9, Pejabat Residen Bahagian Sibu di Wisma Sanyan.

Anggota polis pula membuang undi di Ibu Pejabat Polis Daerah sibu manakala anggota tentera pula melaksanankan tanggungjawab mereka di Kem Batu 10 Rascom dan Kem Batu 14.

Wong Ho Leng Isytihar Perang Basmi Kemiskinan


TVSELANGOR - Sejak dipilih wakil rakyat pada 1996, Wong Ho Leng mengisytiharkan perang terhadap kemiskinan dan penggangguran - dua isu utama yang membelit warga Sarawak.

Calon pilihan Pakatan Rakyat ini menjadikan kemelut kemiskinan rakyat kepentingannya, melalui siri-siri gesaan dan desakan terhadap kerajaan negeri dan pusat. 40 tahun telah berlalu, rakyat Sarawak masih melarat.

Program ekonomi dibawah Ketua Menteri Taib Mahmud gagal membuahkan hasil. Katanya, pada 2009, pendapatan Sarawak mencecah hampir RM3.726 bilion ringgit, tetapi 70 peratus daripada penduduk rumah panjang masih tidak mempunyai akses kepada air bersih, jalanraya dan tenaga elektrik.

Isu Kalimah Allah: Calon BN Takut Umum Pendirian


TVSELANGOR - Calon BN Robert Lau tidak mungkin menjadi wakil rakyat yang berkesan kerana mengelak dari mengumumkan pendirian berhubung penggunaan kalimah Allah oleh masyarakat Kristian di Sarawak.

Calon Pakatan Rakyat, Wong Ho Leng mempersoalkan sikap takut dan berdiam diri Robert kerana isu penggunaan kalimah Allah memberi kesan kepada kehidupan beragama masyarakat Kristian di Sibu.

Kira-kira 53 peratus dari 54,695 pengundi berdaftar di Sibu beragama Kristian. Masyarakat Cina membentuk 67 peratus, Dayak 22 peratus dan Melayu-Melanau 10.5 peratus.

209 Pengundi Sibu Berusia Lebih 100 Tahun?

MALAYSIAKINI - Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) akan menyiasat dakwaan sebuah badan pemantau tempatan yang menggelarkan diri sebagai "Pemerhati Pilihan Raya Sibu" (SEW) bahawa terdapat 209 pengundi di kawasan Parlimen Sibu yang berumur melebihi 100 tahun.
Pengarah SPR Sarawak Datuk Takun Sunggah berkata pilihan raya kecil Sibu akan menggunakan senarai daftar pemilih tahun 2009 yang dikemas kini pada 9 April lalu.

"Saya tidak tahu senarai (daftar pemilih) mana yang mereka pakai tetapi kami (SPR) akan meneliti (dakwaan itu)," katanya kepada pemberita selepas taklimat media pilihan raya kecil Sibu di Sibu hari ini.

Pakatan Rakyat, BN Umum Calon Pilihan Raya Kecil Parlimen Sibu (TERKINI)


TVSELANGOR - SIBU 27 APR: Ketua DAP Sarawak, Wong Ho Leng secara rasmi diumum sebagai calon Pakatan Rakyat pada pilihan raya kecil Parlimen Sibu pada satu majlis makan malam.
Beliau sebelum ini pernah bertanding dua kali menentang calon Barisan Nasional (BN), Robert Lau Hoi Chew  yang menyandang kerusi itu selama lima penggal tetapi tewas.

Wong adalah adalah antara enam pemimpin DAP yang berjaya memenangi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) pada pilihan raya negeri Sarawak 2006.