Memaparkan catatan dengan label AMK JOHOR. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label AMK JOHOR. Papar semua catatan

Khairy, Mukhriz Layak Jadi Artis Bukan Ahli Politik

SHAH ALAM 22 Mac - Pergolakan antara Khairy Jamaluddin dan Datuk Mukhriz Mahathir bukan sahaja kepada perebutan jawatan Ketua Pemuda Umno malah kepada penampilan dan imej mereka. Perang fesyen jelas terbukti dengan penglibatan mereka dalam majalah gaya hidup dan fesyen kebelakangan ini.

Pada tahun lalu Khairy dilihat tampil ala model dengan gaya kontemporari dalam majalah fesyen dan gaya hidup terkenal Harper's Bazaar dan bercakap soal politik, keibubapaan dan kontroversi yang membelenggunya. Tindakan yang sama diambil Mukhriz bulan ini tampil dengan gaya korporat berkemeja dan bertali leher dalam majalah remaja dan gaya hidup popular KLue.

Ketua Angkatan Muda KEADILAN Johor Zabidie Abas menegaskan mereka berdua sebenarnya gagal dalam arus perjuangan yang golongan muda inginkan dan menyifatkan tindakan mereka itu sudah lari dengan dunia politik mereka.

"Saya rasa Khairy dan Mukhriz perlu letak semua jawatan mereka di dalam politik dan menyertai dunia artis sepenuh masa. Kita lihat mereka sempat bergaya di dalam majalah dengan imej pakaian masing-masing sedangan kepentingan kawasan mereka belum tentu terbela. Rakyat bukannya hendak wakil rakyat yang mereka pilih sibuk mengejar populariti sampai kena tampil dalam majalah dunia fesyen.

AMK Lawat Mangsa Kemalangan

Angkatan Muda Keadilan (AMK) menziarahi keluarga allahyarham Mohd Salleh yang terbunuh dalam kemalangan jalan raya 13 Mac lalu yang membabitkan ahli parlimen Batu, Tian Chua.
Lawatan semalam itu diketuai oleh ketua AMK Johor, Zabidie Abas dan beberapa pemimpin lain bagi menyampaikan ucapan takziah dan rasa prihatin mereka berhubung kejadian berkenaan.

Kehadiran mereka disambut baik oleh keluarga allahyarham.

Mereka menghabiskan hampir satu jam setengah berbincang serta mendengar luahan keluarga allahyarham mengenai apa yang terjadi.

Menurut Zabidie, kunjungan susulan akan diadakan bagi memastikan hubungan sosial tidak terputus.