Memaparkan catatan dengan label PEMUDA PR. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label PEMUDA PR. Papar semua catatan

Halau APCO Jika Serius Bantah Israel




Pejabat AMK Jasin

Pemuda Pakatan: Hentikan Perkhidmatan Apco

MALAYSIAKINI - Para pemimpin Pemuda Pakatan Rakyat hari ini mendesak kerajaan berhenti menggunakan perkhidmatan syarikat perunding Apco Worldwide dan syarikat-syarikat lain yang ada kaitan dengan Israel selaras dengan pendirian negara mengutuk tindakan negara Zionis itu melancarkan serangan maut ke atas kapal bantuan kemanusian ke Gaza.
Delegasi yang terdiri daripada anggota Pemuda PAS dan PKR itu, menyerahkan nota bantahan tersebut kepada pegawai khas kepada Perdana Menteri, Razali Ibrahim di pejabat Perdana Menteri di Putrajaya pagi ini di bawah pengawasan ketat kira-kira 20 anggota polis dan pegawai keselamatan.

Delegasi tersebut diketua oleh Ketua Pemuda PKR, Shamsul Iskandar Mohd Akin dan turut disertai setiausaha Dewan Pemuda PAS, Kamaruzzaman Mohd dan ketua Pemuda PKR Selangor Khairul Anwar."Inilah masanya bagi perdana menteri mengambil langkah tegas untuk memprotes jenayah perang yang dilakukan oleh Israel," kata Shamsul kepada wartawan selepas itu.

Protes Seluruh Negara Bantah Judi Esok

MALAYSIAKINI - PAS menganjurkan sekurang-kurangnya lima perhimpunan di pelbagai tempat di seluruh negara esok bagi membantah tindakan kerajaan meluluskan lesen judi sukan.

Protes yang digerakkan Dewan Pemudanya itu akan diadakan di Pulau Pinang, Perak, Selangor, Negeri Sembilan dan Terengganu.

Daripada kelima-lima negeri itu, perhimpunan di Terangganu dijangka terbesar, melibatkan sekurang-kuranngnya 3,000 orang.

Dakwaan Polis Aminul Penjenayah Tidak Bertanggungjawab

SUARA-KEADILAN - KUALA LUMPUR 3 Mei - Pemuda Pakatan Rakyat memandang serius dakwaan penjenayah yang dilemparkan polis terhadap remaja Aminulrasyid Amzah yang mati ditembak polis 26 April lalu sambil menyifatkannya sebagai tidak bertanggungjawab.

Sehubungan itu satu memorandum telah diserahkan kepada Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (Suhakam) hari ini yang diwakili Angkatan Muda KEADILAN, Dewan Pemuda PAS Pusat, Pemuda Sosialis DAP (Dapsy) serta beberapa badan pertubuhan bukan kerajaan (NGO).

AMK Desak Tubuh Suruhanjaya DiRaja Siasat Polis Tembak Remaja


SUARA KEADILAN - Shah Alam 29 Apr - Ketua Angkatan Muda KEADILAN Pusat, Shamsul Iskandar Mohd Akin berkata insiden remaja 15 tahun mati ditembak polis 26 April lalu mencerminkan kepincangan polis dalam menjalankan tanggungjawab mereka dengan memberikan alasan yang sama seperti kes-kes sebelumnya, iaitu mereka hanya menjalankan tugas.

Shamsul juga mempersoalkan etika pengendalian kes-kes yang sepatutnya mengikut garis panduan seperti yang terkandung di dalam Arahan-arahan Tetap Ketua Polis Negara, tetapi melihat kepada kes-kes sebelumnya seperti kes Norizan Salleh dan Allahyarham Tawfiq Noorzan, polis seolah-olah tidak ambil peduli mematuhi undang-undang mereka sendiri.

Pemuda PAS Bantah Kartun Sweden Hina Nabi

KUALA LUMPUR 26 Mac - Dewan Pemuda PAS Pusat hari ini mengadakan demonstrasi aman di Kedutaan Sweden bagi membantah tindakan tiga akhbar di negara itu yang telah menghina Nabi Muhammad SAW.

Lebih 1,000 umat Islam berkumpul bersebelahan bangunan Tabung Haji di Jalan Tun Razak selepas menunaikan solat Jumaatsebelum berarak ke kedutaan tersebut kira-kira 500 meter sahaja daripada tempat tersebut.

Demonstrasi diketuai Ketua Pemuda PAS Pusat Nasrudin Hassan Al Tantawi, Naib Ketua Pemuda PAS Pusat Ahmad Sabki Yusof dan Presiden Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS) Jais Abdul Karim.

Setibanya kumpulan itu ke kedutaan Sweden di Plaza OSK, Jalan Ampang kira-kira jam 2.15 petang, Nasrudin, Sabki dan Jais kelihatan naik ke pejabat kedutaan tersebut di tingkat 8 untuk menyerahkan memorandum bantahan mereka.

Memorandum dua halaman itu ditandatangani 19 NGO Islam, antara lain menuntut kerajaan Sweden mengambil tindakan tegas terhadap tiga akhbar terbabit yang telah menimbulkan kemarahan umat Islam seluruh dunia.

Khairy, Mukhriz Layak Jadi Artis Bukan Ahli Politik

SHAH ALAM 22 Mac - Pergolakan antara Khairy Jamaluddin dan Datuk Mukhriz Mahathir bukan sahaja kepada perebutan jawatan Ketua Pemuda Umno malah kepada penampilan dan imej mereka. Perang fesyen jelas terbukti dengan penglibatan mereka dalam majalah gaya hidup dan fesyen kebelakangan ini.

Pada tahun lalu Khairy dilihat tampil ala model dengan gaya kontemporari dalam majalah fesyen dan gaya hidup terkenal Harper's Bazaar dan bercakap soal politik, keibubapaan dan kontroversi yang membelenggunya. Tindakan yang sama diambil Mukhriz bulan ini tampil dengan gaya korporat berkemeja dan bertali leher dalam majalah remaja dan gaya hidup popular KLue.

Ketua Angkatan Muda KEADILAN Johor Zabidie Abas menegaskan mereka berdua sebenarnya gagal dalam arus perjuangan yang golongan muda inginkan dan menyifatkan tindakan mereka itu sudah lari dengan dunia politik mereka.

"Saya rasa Khairy dan Mukhriz perlu letak semua jawatan mereka di dalam politik dan menyertai dunia artis sepenuh masa. Kita lihat mereka sempat bergaya di dalam majalah dengan imej pakaian masing-masing sedangan kepentingan kawasan mereka belum tentu terbela. Rakyat bukannya hendak wakil rakyat yang mereka pilih sibuk mengejar populariti sampai kena tampil dalam majalah dunia fesyen.

Tolak Debat - DPMMPP, Umno Dianggap Bacul

Tindakan Pemuda Umno Pulau Pinang dan Dewan Perniagaan Melayu Malaysia cawangan negeri itu (DPMMPP) yang menolak Debat Perdana Rakyat 2010 dianggap sebagai pengecut.
Sebaliknya kumpulan itu menuntut untuk hanya berdebat dengan Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng berhubung isu dakwaan peminggiran orang Melayu-Islam.
Menurut Setiausaha, Angkatan Muda Keadilan Pulau Pinang (AMKPP), Syed Mikael Rizal Aidid (kiri), alasan demi alasan yang diberikan oleh DPMMPP dan Pemuda Umno adalah mesej jelas mereka gentar dengan kebenaran.

“Sindiran Yang Dipertua DPMM Pulau Pinang, Rizal Faris Mohideen yang mengatakan dia tidak melayan cabaran dari 'ikan bilis' dan ejekan Norman Zahalan yang menuduh Pemuda Pakatan Rakyat Pulau Pinang seperti 'kuda tunggangan' Ketua Menteri, semakin menampakkan siapa diri mereka yang sebenarnya,” katanya.

Syed Mikael berkata Debat Perdana Rakyat 2010 anjuran Sekretariat Muafakat Pemuda Pakatan Rakyat Pulau Pinang yang bertajuk “Isu Melayu-Islam Pulau Pinang : Antara Provokasi & Kebenaran” adalah ruang yang terbaik kepada semua pihak memperjelaskan isu berkenaan.

“Jika mereka (DPMMPP dan Umno benar-benar mahu menjadi pejuang isu-isu rakyat di Pulau Pinang, ini peluang mereka.

“Bermula pada hari ini (22 Februari 2010) kami memberikan tempoh selama seminggu kepada mereka untuk mengumpul bahan debat dan seterusnya menyahut cabaran. Kemuncak kebenaran yang dinantikan oleh seluruh rakyat Pulau Pinang adalah di Debat Perdana Rakyat 7 Mac ini, di Seberang Jaya,” tambah Syed Mikael lagi.

Bantahan AS, Australia Tidak Bercanggah Dengan Amalan Demokrasi Berparlimen

Tindakan Lebih 50 Ahli Parlimen Australia meminta pertuduhan konspirasi kedua terhadap Datuk Anwar Seri Ibrahim digugurkan, tidak menyalahi menyalahi amalan demokrasi berparlimen.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kampung Tunku Lau Weng San menyamakan tindakan Australia itu dengan protes kerajaan Malaysia terhadap kemelut politik di Myanmar, walaupun negara ini tidak mengamal dasar campur tangan.

"Malaysia pernah menubuhkan Kokus Parlimen Parlimen bagi menyatakan pendirian dan gesaan terhadap pergolakan politik Myanmar yang boleh menjejaskan kestabilan politik dan ekonomi serantau.

"Apakah ia juga satu bentuk campur tangan?" soalnya dalam satu kenyataan media hari ini, yang menyelar Pemuda Barisan Nasional (BN) tidak memahami sistem demokrasi berparlimen.

Beliau menyifatkan demontrasi anjuran Pemuda Barisan Nasional (BN) dan badan bukan kerajaan (NGO) depan kedutaan Australia, semalam, menunjukkan kejahilan mereka terhadap fungsi  demokrasi berparlimen amalan negara-negara komanwel termasuk Malaysia dan Australia.