Memaparkan catatan dengan label KONTROVERSI. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label KONTROVERSI. Papar semua catatan

'Pornthip Penipu': Nazri Bebas Hina Mahkamah

MALAYSIAKINI - Mahkamah Koroner Shah Alam hari ini menolak permohonan keluarga mendiang Teoh Beng Hock yang memfailkan notis usul menghina mahkamah terhadap Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz.

Menurut koroner, Azmil Muntapha Abas (kiri, bertali leher) kenyataan yang dibuat oleh Nazri itu adalah “pandangan peribadinya”.Beliau turut berpendapat, tiada bukti menunjukkan bahawa kenyataan itu bertujuan untuk campur tangan dalam prosiding inkues menyiasat punca kematian Beng Hock

Keputusan itu berikutan komen Nazri yang dilaporkan oleh Malaysiakini pada bulan lalu, di mana beliau melabelkan pakar patologi Thailand, Dr Pornthip Rojanasunand yang dibawa oleh kerajaan negeri Selangor itu sebagai “penipu”.

SMM Desak UKM Gugur Tuduhan


SUARAKEADILAN - KUALA LUMPUR - Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM) mendesak agar pihak Hal Ehwal Pelajar, Universiti Kebangsaan Malaysia mengugurkan tuduhan yang dikenakan ke atas empat mahasiswa yang didakwa terlibat dalam Pilihan Kaya kecil P94 Hulu Selangor bulan lalu.

Tuduhan tersebut berhubung dakwaan mereka terlibat mengedar risalah semasa kempen pilihan raya kecil itu

Keempat-empat mahasiswa tersebut, Muhammad Hilman bin Idham, Muhammad Ismail bin Aminuddin, Azlin Shafina Mohamad Adzha dan Woon King Chai, didakwa di bawah Akta Universiti & Kolej Universiti 1971 seksyen 15(5)(a) yang menyatakan tiada pelajar untuk apa sebab sekalipun boleh memyatakan sokongan, bantahan atau simpati dengan mana-mana parti politik samada di dalam atau di luar negara.

Karpal: Najib Cabul Undang-Undang Pilihan Raya

MALAYSIAKINI - Pengerusi DAP Karpal Singh hari ini mendakwa Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak terbabit dalam 'pembelian undi' pada pilihan raya keci parlimen Sibu yang berakhir semalam.
Beliau merujuk kepada satu majlis di Rejang Park, sehari sebelum tarikh mengundi seperti mana yang dilaporkan oleh akhbar harian bahasa Inggeris Sunday Eastern Times.

Berikut petikan kata-kata Najib yang dipertikaikan oleh Karpal itu dalam bahasa Inggeris.

“I want to make a deal with you. Can we have an understanding or not? The understanding is quite simple. I help you, you help me,”
kata Najib.

PAS Cadang Ahli PKR Ditarbiyyah Supaya Setia

MALAYSIAKINI - Lebih banyak pihak menyuarakan desakan menuntut Wee Choo Keong supaya meletakkan jawatan sebagai ahli parlimen Wangsa Maju, selepas bertindak keluar parti, Jumaat lalu.
Antara yang berbuat demikian ialah dewan pemuda PAS Wilayah Persekutuan.

Menurut Naib Ketuanya, Mohamad Suhaimi Abdul Aziz, Wee (kiri) telah hilang kepercayaan pengundi, ahli-ahli PKR serta Pakatan Rakyat apabila dia berpaling tadah.

“Jawatan sebagai ahli parlimen adalah amanah dari parti, pengundi serta petugas Pakatan Rakyat yang telah bertungkus lumus bekerja bagi memenangkan beliau dalam pilihan raya umum ke 12 yang lepas.

Anwar: Lesen Judi Hadiah Ulang Tahun Umno Ke-64


SUARAKEADILAN - KUALA LUMPUR 14 Mei - Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim menyifatkan pemberian lesen judi kepada Kumpulan Berjaya merupakan 'hadiah' kepada orang Melayu dan Islam di negara ini sempena ulang tahun UMNO ke-64 yang disambut Selasa lalu.

Timbalan Menteri Kewangannya, Datuk Dr Awang Adek Hussein mengesahkan kelulusan pemberian lesen pertaruhan semasa pertandingan bola sepak Piala Dunia 2010 yang akan diadakan pada Jun ini.

Kumpulan Berjaya merupakan syarikat tunggal di negara ini yang mendapat lesen seumpama itu dan dijangka akan menerima pertaruhan di hampir 200 buah rangkaian kedai Sports Toto diseluruh negara.

Jenazah Ashaari Selamat Dikembumi

MALAYSIAKINI - Jenazah bekas pemimpin kumpulan Al Arqam yang diharamkan, Ashaari Muhammad selamat dikebumikan di tanah perkuburan Islam Kampung Pilin dekat Rembau pada kira-kira pukul 10 malam semalam.

Jenazah Ashaari, yang dibawa dengan kereta persendirian dari Ipoh tiba bersama rombongan di kampung asal Allahyarham, Kampung Pilin pada kira-kira jam 8.30 malam.

Jenazah kemudian ditempatkan di surau kampung itu bagi membolehkan sanak saudara dan orang ramai memberi penghormatan terakhir.

Jenazah Allahyarham kemudian disembahyangkan sebelum dikebumikan di tanah perkuburan yang terletak bersebelahan dengan surau kampung itu.
Kira-kira 1,000 orang hadir pada majlis pengkebumian.

Video - PKR's MP Gobala Denied Entry To Sarawak Again




Pejabat AMK Jasin

Perhimpunan 'Melayu Bangkit' Ditangguh

MALAYSIAKINI - Perhimpunan 'Melayu Bangkit' bersama Tun Dr Mahathir Mohamad yang dijadual berlangsung di di Stadium Tertutup Gong Badak, Kuala Terengganu esok sempena ulang tahun peristiwa berdarah 13 Mei 1969, telah ditangguhkan.
Pengerusi Gerakan Kebangkitan Rakyat (GERTAK), Razali Idris berkata penganjur bersamanya, Institut Integriti Terengganu telah meminta supaya perhimpunan itu ditangguhkan selepas nasihat Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.

"Ramai yang belum faham objektif sebenar kami. Kami tidak mahu isu ini dipolitikkan oleh mereka yang tidak tahu," katanya ketika dihubungi.

Video - Melayu Bangkit: Pemuda PAS Bantah Penglibatan IIM




Pejabat AMK Jasin

'BERJAYA Perolehi Lesen Judi Bolasepak'

MALAYSIAKINI - Meskipun mendapat bantahan daripada pelbagai pihak, kerajaan meneruskan keputusannya untuk mengeluarkan lesen judi semasa kejohanan bola sepak Piala Dunia 2010 berlangsung awal bulandepan.

Menurut akhbar ha
rian Cina, Sin Chew, menteri kewangan semalam secara rasminya memberi lesen judi berkenaan kepada Kumpulan BERJAYA.

Sehubungan itu pertaruhan secara sah boleh dilakukan sebelum kejohanan bolasepak itu bermula pada 11 Jun ini.

BERJAYA akan menjadi syarikat tunggal pertaruhan bolasepak di negara ini yang mempunyai lesen.

Ia dijangka akan menggunakan lebih dua ratus kedai pertaruhan Toto yang dimilikinya itu untuk menerima pertaruhan.

KSSB: MP Kapar 'Dikunjungi' SPRM

MALAYSIAKINI - Empat pegawai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 'mengunjungi' ahli parlimen Kapar S Manikavasagam ekoran dakwaannya berhubung penyelewengan dalam Kumpulan Semesta Sdn Bhd (KSSB).

Dalam kunjungan kira-kira 45 minit pada jam 10.30 pagi tadi di pejabat wakil rakyat PKR itu di pekan Kapar, SPRM meminta Manikavasagam memberikan kerjasama dan menyerahkan dokumen berkaitan kepada mereka.

Lagi Remaja Ditembak, Konstabel Digantung Tugas

MALAYSIAKINI - Seorang konstabel polis digantung tugas dan ditahan selepas didakwa menembak remaja remaja berusia 17 tahun yang enggan memberhentikan motosikalnya ketika dikejar kereta peronda di persimpangan Kampung Ujong Pasir, Jalan Seremban-Jelebu, 3.30 pagi tadi.
Anggota polis itu dipercayai baru berkhidmat kira-kira setahun.

Ketua Polis Negeri, Datuk Osman Salleh berkata, anggota polis berkenaan digantung tugas serta merta kerana melepaskan tembakan tanpa sebab kukuh dirinya terancam.

Video - PAS Nafi Bayar Kickdafella RM4 Juta




Pejabat AMK Jasin

'Rosmah Derhaka Anggap Dirinya Wanita Pertama'

MALAYSIAKINI - Ketua Wanita PKR, Zuraidah Kamaruddin hari ini menggesa isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor membuat permohonan maaf secara terbuka kerana merujuk dirinya sebagai “wanita pertama” atau "first lady" - satu tindakan yang dianggap menderhaka.

“Kenyataan ini dilihat tidak wajar dikeluarkan oleh beliau kerana jika merujuk kepada Perlembagaan Negara, Artikel 32, gelaran itu sepatutnya diberikan dan dipegang oleh Duli Yang Maha Mulia Raja Permaisuri Agung selaku isteri kepada Pemimpin Tertinggi Negara.

“Gelaran ini sama sekali tidak harus menjadi pertikaian dan juga hasrat bagi sesiapa sahaja untuk memilikinya kerana ia jelas tertulis dari sudut Perlembagaan Negara,” katan Zuraidah (kanan) dalam kenyataan media hari ini.

Beza arahan dan pandangan peribadi

ZAID IBRAHIM - Sultan Selangor telah bertitah bahawa masjid tidak boleh digunakan untuk tujuan politik. Titah itu luas sekali skopnya. Saya yakin baginda berniat ikhlas dan jujur tetapi tafsiran titah itu mungkin diambil kesempatan oleh pihak-pihak tertentu.

Titah itu perlu diambil kira dalam konteks Perlembagaan Persekutuan dan kuasa-kuasa raja. Contohnya, apakah doa yang disambut oleh semua mukmin supaya “raja kita sanjung dan dipanjangkan umur” itu sebenarnya tidak bersifat politik? Kadang-kadang kita dengar dalam khutbah rasmi solat Jumaat yang memuji-muji kerajaan Barisan Nasional. Apakah itu bukan politik?

Titah itu adalah pendapat peribadi baginda. Ia bukan arahan, perintah atau “decree”. Dalam sistem Raja Berpelembagaan, sultan tidak boleh mengeluarkan arahan atau perintah seperti zaman raja-raja Melaka dahulu. Menurut Perlembagaan, apa-apa kehendak baginda mestilah disalurkan melalui Majlis Agama Negeri yang bermesuayarat dan keputusan mesyuarat itu akan diwartakan atau dijadikan “gazette” tentang apa-apa peraturan yang dikira perlu seperti mengeluarkan fatwa yang sah dan sebagainya. Pendapat sultan hanyalah pandangan peribadi. Sekurang-kurangnya ia boleh dianggap sebagai nasihat yang baik – untuk semua pihak, bukan bagi mana-mana individu atau kumpulan sahaja.

Kerajaan Timbang Beri Lesen Judi Piala Dunia

MALAYSIAKINI - Kerajaan mempertimbangkan kemungkinan mengeluarkan lesen untuk membenarkan pertaruhan dilakukan semasa kejohanan bola sepak Piala Dunia 2010 berlangsung awal bulan depan bagi mengelak berleluasanya aktiviti perjudian dan pertaruhan haram di negara ini.
Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Awang Adek Hussein, berkata jika kerajaan tidak mengeluarkan lesen kepada pihak yang memohon, aktiviti perjudian dan pertaruhan haram tetap berlaku tanpa kawalan dan pemantauan pihak berkuasa.

"Ada beberapa perkara penting untuk dikaji sama ada perkara ini (mengeluarkan lesen membenarkan pertaruhan) baik bagi kerajaan atau jika kerajaan boleh cuba mengawalnya untuk mengetahui berapa banyak (jumlah wang daripada pertaruhan haram).

Saksi: Aminulrasyid Tidak Rempuh Kenderaan Polis!



Pejabat AMK Jasin

Dakwaan Polis Aminul Penjenayah Tidak Bertanggungjawab

SUARA-KEADILAN - KUALA LUMPUR 3 Mei - Pemuda Pakatan Rakyat memandang serius dakwaan penjenayah yang dilemparkan polis terhadap remaja Aminulrasyid Amzah yang mati ditembak polis 26 April lalu sambil menyifatkannya sebagai tidak bertanggungjawab.

Sehubungan itu satu memorandum telah diserahkan kepada Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (Suhakam) hari ini yang diwakili Angkatan Muda KEADILAN, Dewan Pemuda PAS Pusat, Pemuda Sosialis DAP (Dapsy) serta beberapa badan pertubuhan bukan kerajaan (NGO).

Video - 'Jangan Lapor Yang Bukan-Bukan', Rayu Ibu Aminulrasyid




Pejabat Angkatan Muda Keadilan
Cabang Jasin