Memaparkan catatan dengan label SELANGOR. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label SELANGOR. Papar semua catatan

MB Selangor Ajak Rakyat Malaysia Berkabung

MALAYSIAKINI - Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim hari ini mengajak seluruh rakyat Malaysia memberikan penghormatan terakhir ke atas kehilangan 16 nyawa peserta frotila pro-Palestin yang diserang tentera Israel semalam.
"Seluruh rakyat Malaysia perlu berkabung bagi menghormati kehilangan 16 nyawa setakat ini, dalam serangan kejam tentera Zionis itu," katanya.

Katanya, tindakan tentera Zionis itu sama sekali tidak boleh diterima oleh masyarakat berbilang kaum di Selangor kerana ia merupakan perbuatan kejam dan melampaui batas kemanusian.

MB Selangor Teliti Wujud Pegawai Pembangunan DUN

MALAYSIAKINI - Dalam berdepan kritikan ke atasnya, Menteri besar Selangor Tan Sri Khalid Ibrahim berkata beliau kini sedang meneliti beberapa pelantikan dalam kerajaan tempatan dan juga pewujudan jawatan pegawai pembangunan DUN.

Berucap ketika menggulung perbahasan di kongres PKR hari ini, Khalid dengan sebak berkata, pelantikan itu perlu mendapat persetujuan bersama oleh anggota parti.

"Ini perkara sangat sensitif, saya minta kerjasama semua (untuk) tunjukkan kematangan kita bagaimana kita memilih pemimpin kita di masa depan," katanya.

Katanya lagi, beliau juga telah menyiapkan cadangan untuk mengadakan indeks integriti bagi kerajaan bawah Pakatan Rakyat.

Majlis Tempatan Selangor Haramkan Pertaruhan Sukan

MALAYSIAKINI - Beberapa majlis tempatan di Selangor akan bertindak membekukan lesen premis pertaruhan yang menawarkan judi sukan.

Bermula dengan Majlis Badaraya Petaling Jaya pada Selasa lalu, gerakan berkenaan menjalar ke Selayang, semalam dan hari ini Ampang Jaya pula mengambil tindakan yang sama.
Bercakap pada sidang media selepas mesyuarat majlis berkenaan, ahli majlis, Latheefa Koya berkata mereka bertindak mengikut Seksyen 101, Akta Kerajaan Tempatan yang meliputi isu berhubung kesihatan, keselamatan dan keselesaan.

Latheefa, yang juga ketua penerangan PKR berkata judi sukan memudaratkan kesihatan mental dan menjadikan sukan sebagai aktiviti yang tidak menyihatkan.

MP Kapar: "Jangan Buang Masa Telefon Saya"

MALAYSIAKINI - Ahli parlimen Kapar S Manikavagam mendakwa telah dilaga-lagakan dengan kepimpinan PKR dan kerajaan Selangor ekoran dakwaannya terdapat penyelewengan dalam syarikat kerajaan negeri, Kuala Semesta Sdn Bhd (KSSB).

"Sejak kebelakangan ini ada pihak yang cuba mengambil kesempatan terhadap isu (KSSB) ini untuk melaga-lagakan saya dengan kepimpinan parti dan kerajaan Selangor.
"Nasihat saya kepada mereka, jangan membuang masa dengan menelefon atau berjumpa dengan saya berhubung isu ini," kata Manikavasagam (kiri).

SMM Desak UKM Gugur Tuduhan


SUARAKEADILAN - KUALA LUMPUR - Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM) mendesak agar pihak Hal Ehwal Pelajar, Universiti Kebangsaan Malaysia mengugurkan tuduhan yang dikenakan ke atas empat mahasiswa yang didakwa terlibat dalam Pilihan Kaya kecil P94 Hulu Selangor bulan lalu.

Tuduhan tersebut berhubung dakwaan mereka terlibat mengedar risalah semasa kempen pilihan raya kecil itu

Keempat-empat mahasiswa tersebut, Muhammad Hilman bin Idham, Muhammad Ismail bin Aminuddin, Azlin Shafina Mohamad Adzha dan Woon King Chai, didakwa di bawah Akta Universiti & Kolej Universiti 1971 seksyen 15(5)(a) yang menyatakan tiada pelajar untuk apa sebab sekalipun boleh memyatakan sokongan, bantahan atau simpati dengan mana-mana parti politik samada di dalam atau di luar negara.

AMK Selangor Gesa Semua MP Lompat Bertanding Semula


SUARAKEADILAN - SHAH ALAM 17 Mei - Angkatan Muda Keadilan Selangor mendesak Ahli Parlimen Wangsa Maju, Wee Choo Keong dan ahli parlimen yang sebelum ini mengisytihar diri mereka keluar parti meletak jawatan dan bertanding semula atas tiket Bebas .

Ketua Penerangannya, Mohd Ezli Mashut berkata sikap ahli parlimen terbabit adalah tidak bermaruah kerana mengkhianati amanah dan perjuangan rakyat.

"Tindakan keluar parti oleh Choo Keong ketika pilihan raya kecil Sibu berlangsung merupakan tindakan politik yang dirancang oleh pihak tertentu.

"AMK Selangor menggesa wakil rakyat yang keluar daripada KEADILAN mutakhir ini melepaskan jawatannya segera.

KSSB: MP Kapar 'Dikunjungi' SPRM

MALAYSIAKINI - Empat pegawai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 'mengunjungi' ahli parlimen Kapar S Manikavasagam ekoran dakwaannya berhubung penyelewengan dalam Kumpulan Semesta Sdn Bhd (KSSB).

Dalam kunjungan kira-kira 45 minit pada jam 10.30 pagi tadi di pejabat wakil rakyat PKR itu di pekan Kapar, SPRM meminta Manikavasagam memberikan kerjasama dan menyerahkan dokumen berkaitan kepada mereka.

Kereta Ketua Polis Selangor Yang Dicuri Dijumpai

MALAYSIAKINI - Kereta rasmi Ketua Polis Selangor, Datuk Khalid Abu Bakar yang hilang dua hari lalu berjaya dijumpai semula hari ini.
Kereta jenis Perdana V6 berwarna hitam itu ditemui di tepi jalan Prima Damansara, Sungai Buloh pada jam 8.45 pagi oleh anggota polis ketika membuat rondaan di kawasan berkenaan.

Sebuah nota ditinggalkan di atas dashboard kertea yang berbunyi: "Sorry PDRM tesilap sapu."

Kereta itu dan kandungannya, termasuk beberapa topi polis berada dalam keadaan yang sama sebelum dicuri.

Usah Bersekongkol Dengan Negara Barat Hingga Pinggir Negara Islam


TVSELANGOR - KLANG 27 APR: Kerajaan Selangor berharap Malaysia tidak bersekongkol dengan negara Barat hingga meminggirkan negara Islam lain semata-mata pemimpin mahu emmpertahan kuasa politik melalui sokong kuasa dari luar.

Menteri Besar, Tan Sri Khalid Ibrahim berkata demikian hari ini ketika merasmikan majlis tilawah al-Quran peringkat Selangor bagi tahun hijrah 1431.

Dalam ucapannya, beliau berkata kerajaan negeri mengambil berat terhadap pembinaan warga negeri yang cergas jasmani dan rohani, sekali gus menghindar perbuatan keji dalam masyarakat.

Zaid Akan Fail Petisyen Pilihan Raya

MALAYSIAKINI - Calon PKR yang tewas, Datuk Zaid Ibrahim akan memfailkan petisyen pilihan raya supaya keputusan kerusi parlimen Hulu Selangor, Ahad lalu diisytiharkan sebagai tidak sah dan terbatal.

Beliau memberikan alasan pembelian undi dan pemindahan pengundi sebagai hujah petiyennya itu.

Pakar Forensik British Dapat E-Mel Ugutan


SUARA-KEADILAN - SHAH ALAM 27 Apr - Pakar Forensik British Prof Dr Peter Vanezis membuat laporan polis malam Isnin selepas menerima e-mel berupa ugutan berikutan keterangannya dalam inkues kes kematian Teoh Beng Hock.

Ugutan terhadap Dr Vanezis juga dilaporkan oleh ketua pendakwa Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Datuk Abdul Razak Musa kepada inkues yang disambung pada Selasa.

Kemenangan Yang Tak Perlu Dibanggakan

MALAYSIAKINI - Sebaik keputusan pilihan raya kecil parlimen Hulu Selangor diumumkan, kalungan tahniah dan puji-pujian melimpah sesama pemimpin Barisan Nasional. Namun jika diteliti, kemenangan oleh P Kamalanathan itu bukan sesuatu yang membanggakan.
Majoriti yang diperolehinya adalah 1,725 undi dan jika undi pos sebanyak 627 yang terdiri daripada anggota keselamatan yang lazimnya berpihak kepada BN diketepikan, BN cuma mendapat majoriti 1,078.

Mengimbau Malam Kempen-Hulu Selangor






Pejabat Angkatan Muda Keadilan
Cabang Jasin

Anwar: BN Belanja RM65,000 Bagi Setiap Pengundi

MALAYSIAKINI - Barisan Nasional (BN) didakwa membelanjakan lebih RM100 juta bagi menjamin kejayaan mereka merampas semula kerusi parlimen Hulu Selangor, malam semalam.
Dalam satu kenyataan hari ini, ketua umum Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata meskipun membelanjakan RM65,000 bagi setiap pengundi, di samping kegagalan Suruhanjaya Pilihan Raya menjamin pemilihan yang bersih dan adil, ugutan polis serta usaha menghalang pengundi menjalankan tanggungjawab mereka, BN hanya mampu menang dengan majoriti yang tidak memberangsangkan.

Hulu Selangor: Keputusan Kalah Tidak Mengejutkan

HARAKAH - Petugas Pakatan Rakyat di Hulu Selangor yakin PR akan menang dalam PRK kali ini, namun keputusan adalah sebaliknya. Walau bagaimanapun keputusan tersebut tidak memeranjatkan dan tidak juga mengecewakan.

BN tidak pula menang besar sebagaimana yang dijangkakan. Kenyataan Timbalan Perdana Menteri begitu sombong dan angkuh kononnya BN pasti akan menang dengan majoriti 6000 undi.

Keputusan yang diumumkan ialah calon BN P Kamalanathan mendapat 24,997 undi, manakala calon PKR Datuk Zaid Ibrahim memperolehi 23,272 undi. Kamalanathan menang dengan majoriti 1,725 undi. Majoriti 1,725 undi yang diperolehi oleh BN dilihat jauh lebih rendah dari angka yang menjadi sasaran UMNO BN.

Perjuangan Mengubah Ketagihan Bukan Mudah, Kekalahan Tidak Luntur Semangat

TVS - Menang kalah adat pertandingan, namun menyerah kalah tidak sesekali.

Demikian ucapan pembakar semangat Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim kepada penyokong Parti Keadilan Rakyat dan Pakatan Rakyat yang terus menyokong gagasan itu. 

“Saya bagi pihak rakan-rakan kerajaan negeri dan kepimpinan negeri mengucapkan terima kasih atas sokongan dan usaha yang dijalankan oleh saudara sekalian.

Jangan Mengalah, Zaid



TMI - 26 APRIL — Zaid Ibrahim berhak untuk rasa marah, geram dan sedih dengan keputusan pilihan raya kecil Hulu Selangor. Tetapi Zaid tidak harus mengalah atau berundur semata-mata kerana Barisan Nasional diisytiharkan sebagai pemenang.
Menurut laporan awal, kedua-dua Barisan dan Parti Keadilan Rakyat telah meningkatkan prestasi mereka berbanding keputusan pilihan raya umum 2008 — Barisan dikatakan menambah 2,000 undi manakala PKR yang mewakili Pakatan Rakyat 200 undi. Daripada undi Barisan itu, lebih 700 datangnya dari undi pos. Lagi pula, pemindahan 13,488 pengundi di Hulu Selangor oleh Suruhanjaya Pilihan Raya dikatakan telah mengelirukan pengundi.

Hulu Selangor: Pengundian rancak, lebih 24,000 sudah undi

TMI- HULU SELANGOR, 25 April — Proses pengundian mula rancak dengan lebih 38 peratus telah keluar mengundi dalam tiga jam pertama dalam pilihan raya kecil kerusi Parlimen Hulu Selangor.

Jumlah yang telah keluar mengundi setakat 11 pagi adalah seramai 24,645 pengundi.

Secara perbandingan jumlah yang keluar mengundi agak lebih tinggi sepanjang jam kedua berbanding satu jam pertama.

PKR dakwa tahan 10 bas bawa pengundi hantu

TMI - HULU SELANGOR, 25 April — Angkatan Muda Keadilan (AMK) Parti Keadilan Rakyat mendakwa telah menahan kira-kira 10 bas yang menurut mereka membawa pengundi-pengundi ‘hantu’ untuk mengundi pada pilihan raya kecil kerusi Parlimen Hulu Selangor hari ini.

“AMK sedang tahan bas disyaki membawa pengundi hantu di IKBN Ampang Pecah (dekat Kuala Kubu Baru). Sekarang menunggu kehadiran polis,” kata Ketua AMK Shamsul Iskandar Mohd Akin kepada The Malaysian Insider pagi ini.
Mereka ditahan sekitar subuh tadi, katanya.
Proses pengundian membabitkan 64,500 pengundi bermula 8 pagi ini.

Rakyat Hulu Selangor Digesa Sekat Kemasukan Pengundi Hantu

SUARA-KEADILAN - KUALA KUBU BAHARU 24 April - Ketua Angkatan Muda KEADILAN, Shamsul Iskandar Mohd Akin menyeru agar rakyat Hulu Selangor berjaga dan menyekat kemasukkan pengundi hantu untuk memenangkan calon Barisan Nasional pada pilihan raya kecil esok.
"Saya dapat maklumat bahawa ada 35 buah bas yang digunakan untuk membawa pengundi hanti bagi membantu Barisan Nasional memenangi pilihan raya kecil kali ini.

"Bas tersebut akan masuk melalui tol Tanjung Malim dan akan dibawa ke tempat-tempat yang telah mereka tetapkan. Apa yang kita mahu penduduk Hulu Selangor yang ada pada malam ini jangan balik kita sekat kemasukan mereka dari segenap sudut bagi menyekat pencerobohan mereka," kata Shamsul pada ceramah perdana di Stadium Mini Kuala Kubu Baharu di sini.

Beliau berbangga dengan kedatangan penyokong Pakatan Rakyat pada malam ini dan menyifatkan ia sebagai tanda kemenangan Pakatan Rakyat.

"Kalau macam ini sokongan rakyat kepada Pakatan yang saya rasa kehadiran seramai 30,000 orang, saya rasa ini isyarat kemenangan kita esok dengan majoriti yang besar.