Memaparkan catatan dengan label POLITIK. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label POLITIK. Papar semua catatan

SMM Desak UKM Gugur Tuduhan


SUARAKEADILAN - KUALA LUMPUR - Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM) mendesak agar pihak Hal Ehwal Pelajar, Universiti Kebangsaan Malaysia mengugurkan tuduhan yang dikenakan ke atas empat mahasiswa yang didakwa terlibat dalam Pilihan Kaya kecil P94 Hulu Selangor bulan lalu.

Tuduhan tersebut berhubung dakwaan mereka terlibat mengedar risalah semasa kempen pilihan raya kecil itu

Keempat-empat mahasiswa tersebut, Muhammad Hilman bin Idham, Muhammad Ismail bin Aminuddin, Azlin Shafina Mohamad Adzha dan Woon King Chai, didakwa di bawah Akta Universiti & Kolej Universiti 1971 seksyen 15(5)(a) yang menyatakan tiada pelajar untuk apa sebab sekalipun boleh memyatakan sokongan, bantahan atau simpati dengan mana-mana parti politik samada di dalam atau di luar negara.

Karpal: Najib Cabul Undang-Undang Pilihan Raya

MALAYSIAKINI - Pengerusi DAP Karpal Singh hari ini mendakwa Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak terbabit dalam 'pembelian undi' pada pilihan raya keci parlimen Sibu yang berakhir semalam.
Beliau merujuk kepada satu majlis di Rejang Park, sehari sebelum tarikh mengundi seperti mana yang dilaporkan oleh akhbar harian bahasa Inggeris Sunday Eastern Times.

Berikut petikan kata-kata Najib yang dipertikaikan oleh Karpal itu dalam bahasa Inggeris.

“I want to make a deal with you. Can we have an understanding or not? The understanding is quite simple. I help you, you help me,”
kata Najib.

Keputusan Rasmi : DAP Berjaya Rampas Parlimen Sibu

MALAYSIAKINI - 10.58malam: DAP berjaya merampas kerusi parlimen Sibu dengan menewasan BN dengan majoriti tipis 398 undi.

Calon DAP Wong Ho Leng mendapatkan 18,845 undi untuk menewaskan calon BN Robert Lau Hui Yew yang mendapat 18,447 undi. Manakala calon Bebas Narawi Haron mendapatkan 232 undi.
Undi rosak pula berjumlah 395. Keputusan tersebut diumumkan oleh pengurus pilihan raya, Wong See Meng.
Mengenai undi pos pula, BN memperolehi 2,323 undi manakala calon DAP mendapat 70 undi dan calon Bebas pula mendapat 36 undi.
Manakala jumlan pemilih yang keluar mengundi hari ini ialah 70 peratus atau 37,919 orang. 

10.35malam: Nampaknya berlaku pertikaian kecil berhubung undi pos. Bagaimanapun, difahamkan SPR akan mengumumkan keputusan pilihan raya kecil parlimen Sibu tidak lama lagi.
Difahamkan juga, DAP menang antara 300 hingga 400 undi.

10.15malam: Di Dewan Suarah, dua pemimpin SUPP sedang mengadakan pertemuan dengan pegawai pengurus pilihan raya, Wong See Meng. Difahamkan mereka sedang berbincang mengenai kelewatan pengumuman keputusan undi pos.

Mereka kemudian disertai oleh pemimpin DAP Ng Wei Aik, Lim Lip Eng dan Ronnie Liu.
Hujan masih turun di Sibu. Penyokong kedua belah pihak yang berpayung, sedang menunggu di luar Dewan Suarah.

10.10malam: Pengerusi SPR, Tan Sri Abdul Aziz Yusof memberitahu Malaysiakini melalui SMS bahawa Borang 15 bagi undi pos sedang dibawa ke pusat perjumlahan di Dewan Suarah.

"SPR sedang menunggu keputusan rasmi undi pos," katanya.
Sementara itu, Timbalan Pengerusi SPR, Datuk Wan Omar Wan Omar berkata pihaknya akan memberi penjelasan mengenai kelewatan tersebut.

2.30 Petang - Zentrum: BN 50.6, Pakatan 49 peratus

MALAYSIAKINI - Zentrum Future Studies - NGO yang mengkaji mikro persepsi kepercayaan politik di Sibu - melibat penguasaan antara pihak yang bertanding dalam pilihan raya kecil itu.

2.30 petang: BN kembali di depan dengan 50.6 peratus undi berbanding Pakatan Rakyat 49 peratus. Manakala calon bebas pula hanya mendapat 0.4 peratus sokongan.

12.30 tengah hari: Sokongan untuk BN dan Pakatan kini seimbang, masing-masing dilihat berpeluang meraih kemenangan di Sibu.

Menurut kajian itu, BN mendapat 49.8 peratus sokongan, Pakatan 49.2 peratus dan bebas 1. peratus.

11.30 pagi: BN mendahului dengan 53.4 peratus, Pakatan 46.2 peratus dan bebas sebanyak 0.4 peratus.

Pejabat AMK Jasin

Cuaca Baik, Pengundian Di Sibu Bermula

MALAYSIAKINI - 9.15 pagi: Suasana di pusat pembuangan undi di Malaysia Barat berbeza daripada Semenanjung. Tiada penyokong kelihatan berkumpul di pusat pengundian bagi melakukan kempen di saat-saat akhir dengan membawa lambang parti masing-masing.

Hanya terdapat sekumpulan kecil penyokong parti daripada beberapa pihak di SJKC Chung Hwa. Tugas utama mereka membantu pemilih dan memantau proses pengundian.

8.10 pagi:
Cuaca cerah pagi ini menyebabkan proses pengundian lancar. Pemilih mula berbaris di tempat-tempat membuang undi untuk memilih calon pilihan mereka sama ada Robert Lau Hui Yew dariapda BN, Wong Ho Leng daripada DAP atau calon bebas Narawi Haron.

Undi Pakatan Rakyat Pasti BN Bawa Pembangunan


SUARAKEADILAN - SIBU 14 Mei - Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak amat takut kehilangan undi kaum Cina di Sibu apabila sanggup menabur RM18 juta untuk sekolah Cina dan mubaligh - sesuatu yang tidak pernah dilakukan SUPP-Barisan Nasional selama lebih 40 tahun mewakili kawasan parlimen ini.

Ahli Parlimen Rasah, Anthony Loke berkata perkara ini amat mengejutkan sehingga pengerusi persatuan sekolah Cina di Sibu berkata kepada beliau ini pertama kali jumlah sebesar ini diterima masyarakat Cina sepanjang 40 tahun lalu.

"Mengapa Perdana Menteri sendiri berkempen dalam pilihan raya kecil sampai turun ke Sibu sebanyak dua kali? Mengapa beliau sanggup beri berjuta-juta kepada sekolah Cina di sini? Jawapannya senang kerana tidak mahu undi Cina lari kepada Pakatan Rakyat sebagaimana berlaku di Rasa, Hulu Selangor baru-baru ini.

209 Pengundi Sibu Berusia Lebih 100 Tahun?

MALAYSIAKINI - Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) akan menyiasat dakwaan sebuah badan pemantau tempatan yang menggelarkan diri sebagai "Pemerhati Pilihan Raya Sibu" (SEW) bahawa terdapat 209 pengundi di kawasan Parlimen Sibu yang berumur melebihi 100 tahun.
Pengarah SPR Sarawak Datuk Takun Sunggah berkata pilihan raya kecil Sibu akan menggunakan senarai daftar pemilih tahun 2009 yang dikemas kini pada 9 April lalu.

"Saya tidak tahu senarai (daftar pemilih) mana yang mereka pakai tetapi kami (SPR) akan meneliti (dakwaan itu)," katanya kepada pemberita selepas taklimat media pilihan raya kecil Sibu di Sibu hari ini.

Pakatan Rakyat, BN Umum Calon Pilihan Raya Kecil Parlimen Sibu (TERKINI)


TVSELANGOR - SIBU 27 APR: Ketua DAP Sarawak, Wong Ho Leng secara rasmi diumum sebagai calon Pakatan Rakyat pada pilihan raya kecil Parlimen Sibu pada satu majlis makan malam.
Beliau sebelum ini pernah bertanding dua kali menentang calon Barisan Nasional (BN), Robert Lau Hoi Chew  yang menyandang kerusi itu selama lima penggal tetapi tewas.

Wong adalah adalah antara enam pemimpin DAP yang berjaya memenangi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) pada pilihan raya negeri Sarawak 2006.

Zaid Akan Fail Petisyen Pilihan Raya

MALAYSIAKINI - Calon PKR yang tewas, Datuk Zaid Ibrahim akan memfailkan petisyen pilihan raya supaya keputusan kerusi parlimen Hulu Selangor, Ahad lalu diisytiharkan sebagai tidak sah dan terbatal.

Beliau memberikan alasan pembelian undi dan pemindahan pengundi sebagai hujah petiyennya itu.

Anwar Gagal Batal Pembelaan Hamzah Dalam Saman Fitnah RM10 Juta


SUARA-KEADILAN - KUALA LUMPUR, 26 April - Mahkamah Tinggi hari ini menolak permohonan Datuk Seri Anwar Ibrahim bagi membatalkan pembelaan Timbalan Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi Datuk Hamzah Zainuddin dalam saman fitnah bernilai RM10 juta yang dikemukakan Ketua Pembangkang itu.

Pesuruhjaya Kehakiman Dr Prasad Sandosham Abraham memutuskan bahawa adalah tidak adil baginya untuk membatalkan pembelaan peringkat interlokutori dan memerintahkan satu perbicaraan penuh kes itu diadakan.

Anwar: BN Belanja RM65,000 Bagi Setiap Pengundi

MALAYSIAKINI - Barisan Nasional (BN) didakwa membelanjakan lebih RM100 juta bagi menjamin kejayaan mereka merampas semula kerusi parlimen Hulu Selangor, malam semalam.
Dalam satu kenyataan hari ini, ketua umum Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata meskipun membelanjakan RM65,000 bagi setiap pengundi, di samping kegagalan Suruhanjaya Pilihan Raya menjamin pemilihan yang bersih dan adil, ugutan polis serta usaha menghalang pengundi menjalankan tanggungjawab mereka, BN hanya mampu menang dengan majoriti yang tidak memberangsangkan.

Jangan Mengalah, Zaid



TMI - 26 APRIL — Zaid Ibrahim berhak untuk rasa marah, geram dan sedih dengan keputusan pilihan raya kecil Hulu Selangor. Tetapi Zaid tidak harus mengalah atau berundur semata-mata kerana Barisan Nasional diisytiharkan sebagai pemenang.
Menurut laporan awal, kedua-dua Barisan dan Parti Keadilan Rakyat telah meningkatkan prestasi mereka berbanding keputusan pilihan raya umum 2008 — Barisan dikatakan menambah 2,000 undi manakala PKR yang mewakili Pakatan Rakyat 200 undi. Daripada undi Barisan itu, lebih 700 datangnya dari undi pos. Lagi pula, pemindahan 13,488 pengundi di Hulu Selangor oleh Suruhanjaya Pilihan Raya dikatakan telah mengelirukan pengundi.

Shamsul: Umno BN Kalut Dan Terdesak Amalkan Budaya Fitnah


Tanda-tanda awal kekalahan Umno Barisan Nasional menyebabkan mereka dalam kekalutan hingga mengamalkan politik menghalalkan cara termasuk menabur fitnah bagi memenangi hati pengundi Hulu Selangor.

Ketua Angkatan Keadilan Malaysia Pusat, Shamsul Iskandar Mohd Akin menyifatkan tohmahan Umno BN dilontar berikutan mereka ketandusan idea bagi mematahkan pendedahan pimpinan Pakatan Rakyat.

Selain cubaan provokasi, katanya, Umno BN membawa tohmahan demi tohmahan tanpa bukti sedangkan setiap pendedahan pimpinan Pakatan Rakyat dibuat beserta bukti berdokumen dan bersandar fakta sokongan.

“Masa berkempen 24 jam terakhir pilihan raya kecil Hulu Selangor dengan dakwaan Umno BN yang mengatakan Pakatan Rakyat (PR) sebarkan fitnah. Pada saya itu kenyataan seorang pemimpin Umno yang terdesak yang kalut serta takut dengan kekalahan dalam pilihan raya kecil ini dan itu tanda-tanda awal,” katanya.

Semalam jangkaan Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin bahawa di fasa akhir kempen ini, putaran fitnah dan mesin serta kilang fitnah mula beroperasi 24 jam di pihak pembangkang sudah menjelmakan kebenaran.

Antara Facebook, APCO, BN dan PR?

Klik gambar untuk ke blog RAKYAT MARHEAN!

Semenjak 2 tahun kebelakangan ini kerajaan Barisan Nasional di bawah pentadbiran Datuk Seri Najib Razak, terpalit dengan pelbagai skandal yang merosakkan imej negara. Antaranya isu kematian Altantuya, isu kapal selam scorpene, isu enjin jet hilang. Dan yang terbaru pula isu yang melibatkan keselamatan negara, iaitu kontrak kepada APCO Worldwide di mana lembaga pengarahnya adalah berbangsa Yahudi. Dan kerajaan telah membayar sebanyak RM80 juta.

Semak Daftar Pengundi Sekarang Elak Kekeliruan Pada Hari Mengundi

KUALA KUBU BHARU 22 Apr - Naib Presiden KEADILAN, Mustaffa Kamil Ayub menggesa pengundi di Hulu Selangor membuat semakan daftar pengundi bagi mengelakkan kekeliruan dan kesilapan lokasi di saat-saat akhir.
Ini berikutan tindakan memindahkan pusat pengundian hampir 14,000 pengundi di kawasan Parlimen itu tanpa sebarang makluman kepada mereka yang terbabit.

Mustaffa juga menjemput pengundi hadir ke majlis dan program penerangan yang dianjurkan oleh Pakatan Rakyat dengan tujuan untuk mendapatkan maklumat tepat dan penjelasan berkenaan isu semasa.

"Terdapat segelintir penduduk di Parlimen Hulu Selangor ini menganggap program ekonomi anjuran kerajaan negeri Selangor merupakan inisiatif kerajaan persekutuan. Perkara ini perlu dijelaskan supaya tidak timbul kekeliruan.
"Antaranya program TAWAS, Skim Takaful Kifalaah dan sebagainya. Oleh itu kita akan menggerakkan jentera parti kita untuk memberikan penerangan dengan lebih jelas kepada orang ramai.

"Golongan yang akan kita dekati adalah pengundi Melayu. Ini adalah disebabkan jurang maklumat yang agak ketara kepada kelompok ini. Namun, kita menjangkakan trend pengundi Melayu akan meningkat berikutan banyak isu-isu yang tidak diselesaikan berkaitan dengan mereka" kata Mustaffa.

Ketika mengulas mengenai keputusan dua orang ahli wanita KEADILAN di Perak yang membuat keputusan keluar parti Selasa lalu, beliau menyifatkan media telah memanipulasikan berita tersebut.

Penamaan Calon Ditutup, Waktu Bantahan


KUALA KUBU BAHARU 17 Apr - Penamaan calon ditutup tepat pada pukul 10 pagi.

Pegawai Suruhanjaya Pilihan Raya P212 hulu Selangor, Nor Hisham Ahmad Dahalan berkata borang pencalonan akan dipamerkan untuk bantahan sehingga pukul 11 pagi.

Bantahan boleh dibuat mengunakan kertas biasa atau borang SPR sama ada oleh calon yang bertanding atau pemilih berdaftar.

Calon Pakatan Rakyat, Datuk Zaid Ibrahim tiba di pusat penamaan calon di Dewan Serabaguna dan Kompleks Sukan Daerah Hulu Selangor pada pukul 8.45 pagi manakala calon Barisan Nasional, P. Kamalanathan tiba pukul 9.20 pagi.

Seorang calon Bebas juga, VS Chandran, 56. seorang peniaga dan bekas Timbalan Pengerusi MIC Hulu Selangor juga

kelihatan memasuki pusat pencalonan pukul 9 pagi.


Pejabat Angkatan Muda Keadilan
Cabang Jasin