Memaparkan catatan dengan label PROVOKASI. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label PROVOKASI. Papar semua catatan

Perhimpunan 'Melayu Bangkit' Ditangguh

MALAYSIAKINI - Perhimpunan 'Melayu Bangkit' bersama Tun Dr Mahathir Mohamad yang dijadual berlangsung di di Stadium Tertutup Gong Badak, Kuala Terengganu esok sempena ulang tahun peristiwa berdarah 13 Mei 1969, telah ditangguhkan.
Pengerusi Gerakan Kebangkitan Rakyat (GERTAK), Razali Idris berkata penganjur bersamanya, Institut Integriti Terengganu telah meminta supaya perhimpunan itu ditangguhkan selepas nasihat Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.

"Ramai yang belum faham objektif sebenar kami. Kami tidak mahu isu ini dipolitikkan oleh mereka yang tidak tahu," katanya ketika dihubungi.

AMK Kecam Perhimpunan 13 Mei, Tolak Anasir Perkauman Sempit


TVSELANGOR - SHAH ALAM 12 MEI: Angkatan Muda Keadilan (AMK) Selangor membidas perhimpunan bersifat rasis dan menyemarak sentimen perkauman sempit anjuran Institut Integriti Malaysia (IIM) Terengganu dan Gerakan Kebangkitan Rakyat (Gertak).

Ketua AMK Selangor, Khairul Anuar Ahmad Zainuddin berkata perhimpunan bertema ‘Melayu Bangkit’ pada Khamis, 13 Mei ini di Stadium Tertutup Kompleks Sukan, Kuala Terengganu, tidak wajar.
 
Beliau berkata, perhimpunan itu wajar ditolak kerana dikhuatiri menimbulkan suasana yang tidak disenangi kerana tanggal 13 Mei adalah peristiwa hitam yang tidak sepatutnya dimanipulasi untuk menakut-nakutkan rakyat.

Video - Melayu Bangkit: Pemuda PAS Bantah Penglibatan IIM




Pejabat AMK Jasin

Hulu Selangor: Pengundian rancak, lebih 24,000 sudah undi

TMI- HULU SELANGOR, 25 April — Proses pengundian mula rancak dengan lebih 38 peratus telah keluar mengundi dalam tiga jam pertama dalam pilihan raya kecil kerusi Parlimen Hulu Selangor.

Jumlah yang telah keluar mengundi setakat 11 pagi adalah seramai 24,645 pengundi.

Secara perbandingan jumlah yang keluar mengundi agak lebih tinggi sepanjang jam kedua berbanding satu jam pertama.

Timbalan Ketua AMK, 4 Anggota Skuad AMK Didakwa Di Mahkamah Majistret

KUALA KUBU BAHARU 21 Apr - Timbalan Ketua Angkatan Muda KEADILAN, Fariz Musa dan empat anggota Skuad AMK dihadapkan ke Mahkamah Majistret Kuala Kubu Baharu pukul 9 pagi tadi atas berhubung tindakan menggoyak serta menurunkan kain rentang Barisan Nasional yang dianggap provokatif.

Mereka yang ditahan semalam Restoran 1Malaysia di Bukit Sentosa ketika hendak berhenti rehat kira-kira pukul 7.30 petang semalam dan direman semalaman di Balai Polis Bukit Sentosa sebelum dibawa ke mahkamah di sini hari ini.

Kenderaan mereka juga turut disita. Kelima-lima mereka didakwa di bawah Seksyen 47 Kanun Keseksaan dan Seksyen 6(1) dan Seksyen 8 Akta Senjata dan Bahan Letupan.

Sehubungan itu Ketua AMK, Shamsul Iskandar Mohd Akin ketika ditemubual Suara Keadilan di Balai Polis Bukit Sentosa semalam mengecam tindakan pihak polis yang menahan Timbalan Fariz serta anggota Skuad AMK.

Shamsul pula menjangkakan penahanan tersebut berkaitan dengan tindakan mereka yang menurunkan kain rentang dan papan iklan yang bersifat provokatif sepanjang kempen berlangsung.



Pemuda PAS Bantah Kartun Sweden Hina Nabi

KUALA LUMPUR 26 Mac - Dewan Pemuda PAS Pusat hari ini mengadakan demonstrasi aman di Kedutaan Sweden bagi membantah tindakan tiga akhbar di negara itu yang telah menghina Nabi Muhammad SAW.

Lebih 1,000 umat Islam berkumpul bersebelahan bangunan Tabung Haji di Jalan Tun Razak selepas menunaikan solat Jumaatsebelum berarak ke kedutaan tersebut kira-kira 500 meter sahaja daripada tempat tersebut.

Demonstrasi diketuai Ketua Pemuda PAS Pusat Nasrudin Hassan Al Tantawi, Naib Ketua Pemuda PAS Pusat Ahmad Sabki Yusof dan Presiden Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS) Jais Abdul Karim.

Setibanya kumpulan itu ke kedutaan Sweden di Plaza OSK, Jalan Ampang kira-kira jam 2.15 petang, Nasrudin, Sabki dan Jais kelihatan naik ke pejabat kedutaan tersebut di tingkat 8 untuk menyerahkan memorandum bantahan mereka.

Memorandum dua halaman itu ditandatangani 19 NGO Islam, antara lain menuntut kerajaan Sweden mengambil tindakan tegas terhadap tiga akhbar terbabit yang telah menimbulkan kemarahan umat Islam seluruh dunia.

Keluar Parti Propaganda Umno-BN

KUALA LUMPUR 8 Mac - Ketua Cabang KEADILAN Papar hari ini menafikan laporan agensi berita Bernama mengenai 120 ahli parti menyertai Umno kerana menyokong gagasan 1Malaysia dan menyifatkan berita tersebut hanya propaganda Umno-Barisan Nasional.

Silvester Balon Mujim yang dihubungi Suara Keadilan menegaskan laporan tersebut tidak benar dan bertujuan menunjukkan Umno-BN masih diterima di Sabah tetapi hakikat adalah sebaliknya.

"Tidak betul mana ada 120 orang keluar parti yang keluar hanya 2 orang sahaja itupun mereka bukannya ahli KEADILAN. Mereka sebenarnya penyokong Umno, dekat sini sudah biasa seseorang itu menyokong dua parti.

"Saya akan membuat semakan terperinci dan akan keluarkan kenyataan esok bagi menyanggah apa yang diterbitkan di dalam media tersebut," jelas beliau.

Tiada Tindakan Terhadap Majalah Al-Islam

Ekoran tekanan awam, ibupejabat polis Dang Wangi mendedahkan semalam bahawa siasatan terhadap dua wartawan majalah Al-Islam, yang mengintip di dalam sebuah gereja, telah digugurkan.

Pada 8 Julai lalu, dua wartawan menyamar sebagai penganut Katholik bagi menyiasat khabar angin terdapat usaha memurtadkan gadis Islam.

Wartawan itu mengikuti upacara Kristian di dua gereja di Kuala Lumpur – termasuk memakan roti suci yang disuapkan oleh paderi dan memuntahkannya kembali untuk diambil gambar – dianggap menghina Katholik dan menimbulkan provokasi. 

Dalam suratnya kepada pengadu, pegawai penyiasat kanan, ASP Ananthan Rajoo menyatakan bahawa Pejabat Peguam Negara telah memutuskan untuk tidak mengenakan tuduhan terhadap mereka.

"Kes ini telah dirujuk kepada Timbalan Pendakwa Raya dan arahan diterima untuk NFA (tiada tindakan lanjut)," kandungan surat tersebut dipetik.

Tolak Debat - DPMMPP, Umno Dianggap Bacul

Tindakan Pemuda Umno Pulau Pinang dan Dewan Perniagaan Melayu Malaysia cawangan negeri itu (DPMMPP) yang menolak Debat Perdana Rakyat 2010 dianggap sebagai pengecut.
Sebaliknya kumpulan itu menuntut untuk hanya berdebat dengan Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng berhubung isu dakwaan peminggiran orang Melayu-Islam.
Menurut Setiausaha, Angkatan Muda Keadilan Pulau Pinang (AMKPP), Syed Mikael Rizal Aidid (kiri), alasan demi alasan yang diberikan oleh DPMMPP dan Pemuda Umno adalah mesej jelas mereka gentar dengan kebenaran.

“Sindiran Yang Dipertua DPMM Pulau Pinang, Rizal Faris Mohideen yang mengatakan dia tidak melayan cabaran dari 'ikan bilis' dan ejekan Norman Zahalan yang menuduh Pemuda Pakatan Rakyat Pulau Pinang seperti 'kuda tunggangan' Ketua Menteri, semakin menampakkan siapa diri mereka yang sebenarnya,” katanya.

Syed Mikael berkata Debat Perdana Rakyat 2010 anjuran Sekretariat Muafakat Pemuda Pakatan Rakyat Pulau Pinang yang bertajuk “Isu Melayu-Islam Pulau Pinang : Antara Provokasi & Kebenaran” adalah ruang yang terbaik kepada semua pihak memperjelaskan isu berkenaan.

“Jika mereka (DPMMPP dan Umno benar-benar mahu menjadi pejuang isu-isu rakyat di Pulau Pinang, ini peluang mereka.

“Bermula pada hari ini (22 Februari 2010) kami memberikan tempoh selama seminggu kepada mereka untuk mengumpul bahan debat dan seterusnya menyahut cabaran. Kemuncak kebenaran yang dinantikan oleh seluruh rakyat Pulau Pinang adalah di Debat Perdana Rakyat 7 Mac ini, di Seberang Jaya,” tambah Syed Mikael lagi.

Penulis Blog Aibkan Nik Aziz Dan Anwar, Ditahan

Penulis blog yang memaparkan foto yang diubahsuai yang menunjukkan Menteri Besar Kelantan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat dan Penasihat PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam keadaan yang mengaibkan, telah ditahan semalam.

Sumber polis Kelantan mengesahkan kepada dia ditahan selepas menyerah diri di ibu pejabat polis kontinjen Johor Bahru.

Menurutnya, penulis blog lelaki berumur sekitar 40-an itu ditahan di bawah Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.

"Pihak polis akan menjalankan siasatan di sana terlebih dahulu," kata sumber sambil menambah bahawa penulis blog itu masih ditahan di Johor Bahru.

Ahad lalu, Setiausaha Keselamatan PAS Kelantan Mejar (B) Mohamad Ibrahim membuat 
laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah Kota Bharu terhadap tindakan blogger tersebut.

Imej Blog : PAS Kelantan Buat Laporan Polis

PAS Kelantan hari ini membuat laporan polis berhubung ilustrasi grafik yang bersifat provokatif membabitkan Menteri Besar Kelantan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat dan Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam sebuah laman blog. 

Setiausaha Keselamatannya Mejar (B), Mohamad Ibrahim membuat laporan itu di Ibu Pejabat Polis Daerah Kota Bharu pukul 12 tengah hari.

Beliau diiringi 20 anggota PAS termasuk Naib Ketua Dewan Pemuda PAS Negeri Hisham Fauzi.

Mohamad berkata beliau membuat laporan itu kerana berpendapat tindakan penulis blog itu adalah bersifat provokatif dan bertentangan dengan undang-undang.

- Bernama



Sumber : Malaysiakini

Isu Lompat : MP PKR Mangsa Sabotaj Dalaman?

Ahli parlimen Indera Mahkota Azan Ismail mendakwa bahawa khabar angin yang tersebar kononnya beberapa ahli parlimen PKR akan melompat parti, adalah perbuatan sabotaj dalaman parti itu sendiri.

Katanya, wakil rakyat PKR yang 'naik' selepas pilihan raya umum lalu, sentiasa menjadi 'sasaran' perbuatan tidak bertanggungjawab itu, ekoran perasaan iri hati dan dengki sesama sendiri.

"Ia sabotaj daripada dalam untuk mencemarkan imej orang berkenaan, dengan menggambarkan mereka tidak setia kepada parti," katanya.

Pada 25 Januari lalu, Azan disebut-sebut bakal melompat parti apabila meletakkan jawatan sebagai timbalan pengerusi PKR Pahang kerana kecewa dengan pentadbiran parti itu di peringkat negeri.

Pada 31 Januari, Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim pula mendedahkan terdapat usaha pemimpin Umno dan Parti Cinta Malaysia (PCN) untuk 'memikat' beberapa wakil rakyatnya.

Kes Bakar Gereja : Tiga Didakwa

dikemaskini 2:30pm Dua beradik bersama seorang rakan mereka mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur atas tuduhan membakar Gereja Metro Tabernacle di Taman Desa Melawati pada 8 Januari lalu. 

Semua tertuduh didakwa mengikut Seksyen 436 dan Seksyen 34 Kanun Keseksaan iaitu melakukan khianat menggunakan bahan letupan dengan niat menyebabkan kerosakan.

Ketiga-tiga mereka - Raja Muhammad Faizal Raja Ibrahim, 24, Raja Muhammad Idzham Raja Ibrahim, 22, dan rakan mereka Azuwan Shah, 23 dibenarkan diikat jamin dengan RM20,000 sementara menunggu kes itu disebut semula.

Mengikut Seksyen 436, jika sabit kesalahan, mereka boleh dipenjarakan sehingga 20 tahun.
Hakim SM Komathy Suppiah juga menetapkan 12 Mac untuk sebutan bagi membolehkan semua mereka yang bekerja sebagai penghantar surat melantik peguam.


Suspek kelihatan lemah dan gugup

Sementara itu Bernama melaporkan ketika prosiding, Raja Mohamad Faizal kelihatan menahan kesakitan berikutan muka dan badannya yang melecur teruk manakala pinggangnya terlilit saluran air kencing dan seluar yang dipakainya pula mempunyai kesan darah.

Pada bahagian lengan kiri adiknya pula juga dilihat terdapat kesan lecur dan bengkak, manakala badan Azuwan tidak menampakkan sebarang kesan lecur tetapi ketiga-tiga mereka kelihatan lemah dan gugup.

Timbalan Pendakwa Raya Anselm Charles Fernandis pada awalnya memohon mahkamah menetapkan jumlah jaminan RM20,000 setiap seorang memandangkan kesalahan yang dilakukan adalah serius dan melibatkan kepentingan awam.

Bagaimanapun Raja Mohamad Faizal merayu jaminan dikurangkan kerana keluarganya miskin dan tidak mungkin dapat mengumpul jumlah itu manakala Azuwan emohon jumlah sebanyak RM5,000 sahaja.

Serangan bom api pada 8 Jan lalu mengakibatkan bahagian bawah gereja tiga tingkat di Desa Melawati, Kuala Lumpur itu musnah.

Minggu lalu, lapan orang, termasuk dua beradik dan bapa saudara mereka dikenakan tahanan reman. 

Sumber : Malaysiakini

ASEAN MUST BE FREE FROM EXTREMISM

PRESS RELEASE

27TH JANUARY 2010

ASEAN MUST BE FREE FROM EXTREMISM

We, as the young leaders of ASEAN and Youth Leaders of major political parties and alliances of Malaysia and Indonesia, Golkar, Partai Bulan Bintang, and Pakatan Rakyat Youth Wing; strongly condemn the recent incident of throwing wild-boar heads into two mosques in Malaysia; (Masjid Jumhuriyah, Taman Datuk Harun in Petaling Jaya and Masjid Al-Imam Al-Tirmizi, Taman Seri Sentosa, Jalan Klang Lama).

It is truly an irresponsible act of crime committed by certain factions of the society in Malaysia; those who resorted to racial and dirty politics in order to ignite religious and racial tension.

Over the last three weeks, Malaysia reputation has been tarnished with series of irresponsible attacks towards places of worship throughout the country.

Serang Gereja : Azmin Dakwa Ahli Umno Terbabit

Naib Presiden PKR, Azmin Ali hari ini mendakwa terdapat ahli Umno yang terlibat dalam kejadian serangan ke atas sebuah gereja di Desa Melawati awal bulan lalu.

"Saya akan mendedahkan dalam masa terdekat ini mereka yang terlibat dalam kes serangan terhadap gereja di Taman Melawati (Desa Melawati) adalah ahli dan anggota Pemuda Umno.

"Saya menggesa presiden Umno (Datuk Seri Najib Razak) mengambil tanggungjawab berhubung perkara ini," katanya.

Beliau berkata, pihaknya sedang mengumpulkan bukti untuk didedahkan kepada umum, dijangka dalam masa terdekat ini.

"Saya akan kumpulkan nama, nombor kad pengenalan dan nombor keahlian Umno, baru saya akan sebarkan kepada rakyat," katanya yang juga ahli parlimen Gombak.

Risalah Provokasi & Memburukkan Pakatan Rakyat, Angkara Siapa?

Taman Sri Cempaka, Peringgit, Melaka (26 Jan 2010) - Pada jam 7.30 pagi tadi, Biro Penerangan AMK Melaka telah menerima satu aduan daripada seorang penduduk di Taman Seri Cempaka, Peringgit Melaka yang terkejut apabila telah menerima satu naskhah risalah yang berbentuk provokasi dan memburukkan Pakatan Rakyat.


Naskhah Risalah yang tidak mempunyai tajuk tersebut telah diletakkan pada "wiper" kenderaan penduduk di Taman Sri Cempaka.

BAKAR GEREJA: PROVOKASI PIHAK YANG TIDAK BERTANGGUNGJAWAB

Angkatan Muda Keadilan (AMK) menyelar keras tindakan ekstrem membakar beberapa buah gereja di sekitar Lembah Klang malam semalam.

Tindakan ini jelas merupakan satu provokasi terancang yang sedang diusahakan oleh pihak-pihak tertentu yang kelihatan terdesak dan dangkal pemikiran dalam mendepani isu penggunaan kalimah Allah yang hangat dipolemikkan mutakhir ini.

AMK tegas menyatakan bahawa sebarang bentuk provokasi sebegini hendaklah ditegah sama sekali. 


Dalam masa yang sama AMK tidak melihat wujud keperluan untuk kita menunding jari kepada kelompok Melayu Muslim yang ekstremis, sebaliknya insiden semalam mempunyai kebarangkalian dicetuskan oleh pihak yang tidak bertanggungjawab yang kepingin melihat negara dilanda satu situasi yang tidak menentu.

Ini pastinya mempermudahkan kalangan tertentu mengaburkan pandangan rakyat ke atas isu-isu yang lebih besar.

PAS Kutuk Keras Tindakan Serang Gereja

KUALA LUMPUR, 8 Jan: PAS mengutuk sekeras-kerasnya tindakan tidak bertanggungjawab pihak tertentu menyerang gereja Metro Tabernacle, Desa Melawati, di sini awal pagi ini.
Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang berkata, tindakan pihak tertentu yang memilih cara yang ganas dengan melakukan tindakan yang ditegah oleh Islam menerusi serangan terhadap Gereja Metro Tabernacle di Desa Melawati dan Gereja Assumption di Jalan Templer, Petaling Jaya adalah dikutuk dengan sekeras-kerasnya.

Perlulah diingat, bahawa Islam menerusi kefahaman dakwahnya adalah membawa konsep kebebasan beragama kepada orang yang belum menganut Islam, katanya.

Katanya, begitu banyak ayat dari Al Quran dan Hadith Rasulullah SAW yang melarang penganut Islam dari mengganggu penganut agama lain, paderi dan rumah ibadat mereka.

Bahkan, katanya, dalam setiap kali peperangan yang Nabi Muhammad SAW dan Khulafa Ar Raasyidin terlibat, para sahabat sangat berpegang teguh kepada pesanan Nabi Muhammad SAW untuk tidak membunuh paderi dan tidak merosakkan rumah ibadat mereka. Itu dalam suasana perang, apatah lagi dalam suasana aman seperti yang ada pada hari ini.


Gereja Hangus Dibaling Bom Petrol

Sebuah gereja dibaling dengan bom petrol mengakibatkan tingkat bawahnya hangus terbakar, kata sumber gereja.

Insiden tersebut berlaku sewaktu memuncak kontroversi berhubung penggunaan perkataan Allah oleh satu penerbitan Katholik.

Dua lagi gereja di Lembah Kelang turut jadi sasaran dalam tempoh 12 jam lalu, termasuk Gereja Assumption di Petaling Jaya.

Seorang pegawai jabatan bomba berkata semua balai diletakkan dalam keadaan berjaga-jaga bagi memantau kebakaran di rumah-rumah ibadat, menjelang bantahan besar-besaran tengah hari ini anjuran beberapa NGO Islam.




Bangunan tiga tingkat Gereja Metro Tabernacle di Desa Melawati, Kuala Lumpur, adalah sebahagian pergerakanAssemblies of God,terbakar kira-kira tengah malam tadi, kata pemimpin gereja itu, Peter Yeow, 62.

Beliau memberitahu 
AFP bahawa ada saksi yang ternampak empat orang - yang datang menaiki motosikal - memecahkan kaca dan membaling bom petrol ke dalam bangunan gereja.

AMK Kecam Penunjuk Perasaan Memecah Masyarakat


Ketua Angkatan Muda Keadilan, Shamsul Iskandar Mohd Akin mengecam tindakan pihak tertentu mengadakan demonstrasi  esok.

Beliau berkata tindakan ini bukan jalan terbaik dalam menyelesaikan masalah sebaliknya akan menimbulkan provokasi di kalangan rakyat.

 “Jadi pada saya ini bukan satu tindakan yang bijak malah menampakkan ketidakmatangan kepimpinan negara kita dalam menyelesaikan kes ini. 

“Kita tidak pernah dalam Malaysia ini perlu menyelesaikan masalah agama dengan cara berdemonstrasi.”

Beliau turut meyokong Pemuda PAS yang merancang mengadakan pertemuan dan sesi dialog bersama Ketua Paderi Katolik Kuala Lumpur, Tan Seri Murphy Nicholas Xavier dalam tempoh terdekat.