Tindakan kerajaan untuk tidak meneruskan bacaan kedua pembentangan rang undang-undang Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) apabila Parlimen bersidang hari ini dengan alasan memerlukan lebih banyak masa, membuktikan kegusaran kerajaan Barisan Nasional melaksanakan dasar yang mungkin menimbulkan kemarahan rakyat.
Sejak beberapa minggu kebelakangan ini, kerajaan juga telah menangguhkan pengumuman tarif elektrik baru dan menarik balik rancangan mereka untuk menghentikan subsidi petrol.
Cukai baru dan penarikkan semula subsidi berkenaan, sebenarnya bertujuan mengurangkan defisit belanjawan negara yang kini pada tahap paling tinggi sejak 20 tahun kebelakangan ini.
