Memaparkan catatan dengan label SAY YES TO ANWAR. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label SAY YES TO ANWAR. Papar semua catatan

Pertubuhan Pro-Israel Tertua Dunia Isytihar Anwar Musuh Israel


TVS - Pertubuhan pro-Israel tertua di dunia, B'nai B'rith International, yang menyifatkan diri mereka jagoan Yahudi sejagat, mengisytiharkan Datuk Seri Anwar Ibrahim ancaman kepada kaum Yahudi.

Dalam gesaan rasmi badan itu kepada Pengerusi Jawatankuasa Hubungan Luar Senat Amerika Syarikat, John F Kerry, B'nai B'rith mendesak Washington D.C memutuskan semua hubungan dengan Anwar Ibrahim kerana membangkitkan kebencian terhadap Israel dan Yahudi-Zionis.

Ditubuhkan pada 13 Oktober 1843, pertubuhan yang mempunyai 200,000 anggota dan penyokong di 50 buah negara antara gerakan yang paling aktif memperjuangkan kepentingan rejim Tel Aviv.

B'nai B'rith mengeluarkan kecaman terhadap Anwar Ibrahim dalam satu surat rasmi kepada John F Kerry, bertarikh 25 Mei lalu.

Ketua Pembangkang Tetap Anwar


SUARAKEADILAN - SHAH ALAM 18 Mei - Datuk Seri Anwar Ibrahim kekal sebagai Ketua Pembangkang di parlimen berdasarkan kesepakatan KEADILAN, PAS dan DAP dalam Pakatan Rakyat

Mengulas kedudukan Anwar, Ahli Parlimen Rasah Anthony Loke Siew Fook menegaskan pendirian DAP jelas dalam isu tersebut.

"DAP secara jelas menyokong Anwar sebagai ketua pembangkang dan Pakatan.

"Tidak timbul isu bilangan kerusi dan jika kenyataan yang mempertikaikan ianya jelas perangkap Umno-Barisan Nasional.

Anwar Mimpi Ngeri Umno-BN

Datuk Halik Zaman

Kita sudah jangkakan kematian Altantuya, Teo Beng Hock dan Kugan yang akhirnya boleh di kategorikan sebagai macam mati katak. Tiada untung ruginya kepada kerajaan dan negara.

Mereka mati pun tidak menguntungkan dan hidup pun tidak membongkar sesuatu kerugian. Kenapa mereka mati? Kerana terdapatnya sesetengah individu yang tidak suka mereka hidup lagi.

Pasal Anwar Ibrahim, berbagai 'torture' dan tekanan batin yang beliau terima semasa hidupnya. Andainya Altantuya, Teo Beng Hock dan Kugan di hidupkan dari mati pun mereka tidak sanggup untuk hidup sekali lagi seandainya mereka tahu nasib mereka akan bersamaan seperti insan yang bernama Anwar Ibrahim. Sebab itu Anwar kalau mati jadi WIRA semasa hidupnya beliau di pesona. Gigihnya semangat waja sebagai pejuang bangsa dan Negara. Matinya pun ditaburi bunga raya.

Tuduhan liwat yang Anwar hadapi bukanlah satu isu yang baru dan bukanlah suatu perkara yang pertama kali berlaku, sebaliknya ini ialah kali yang kedua selepas percubaan pertama agak gagal dan mendukacitakan kerajaan Umno di bawah Mahathir.

Lantas Anwar di aibkan, dihina, dituduh dengan berbagai tuduhan, dikeji, dicerca, ditangkap, dicederakan sehingga mata lebam hampir buta. Isteri dan anak-anaknya diaibkan dimata masyarakat. Kalau isteri dan anak-anaknya bukan seorang Islam, mereka sudah lama ambil jalan singkat. Bukan ditingkat 15 bangunan SPRM, tapi dibangunan KL Tower dan satu persolan akan timbul, "Ini salah siapa? Ini dosa siapa? Jawapannya ada dihati anda."

Pakatan Rakyat Hampir Ke Putrajaya


ALOR PONGSU 28 Mac - Rakyat Malaysia digesa bersabar berjuang bersama-sama Pakatan Rakyat kerana kejayaan untuk menubuhkan kerajaan persekutuan yang baru pada pilihan raya umum akan datang adalah amat hampir.

Pengerusi majlis Pimpinan KEADILAN Negeri Perak, Mustafa Kamil Ayub berkata rakyat telah memberi mesej jelas pada PRU ke-12 dua tahun lalu apabila memberi undi sebanyak 49.7 peratus Pakatan Rakyat.

"Saya ingin tegaskan perjalanan kita ke Putrajaya melalui siri Gempita ke seluruh negeri Perak sudah hampir. Saya seru supaya rakyat Perak dan Malaysia amnya supaya bersama kita dan bersabar sedikit. Memang ada sedikit halangan dan itu tidak kita nafikan tetapi yakinlah kemenangan amat hampir kepada kita. Kita mesti teruskan usaha gigih dan lipatkan gandakan langkah dan gerak kerja sepaya impian itu menjadi kenyataan, kata beliau alam ucapan ringkas di pelancaran Gempita Perak Ke Putrajaya oleh Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim di Alor Pongsu, Perak semalam.

Berhubung tindakan Ahli Parlimen Bagan Serai, Mohsin Fadzli Samsuri meninggalkan KEADILAN untuk menjadi anggota Bebas, Mustafa berkata keputusan itu tiu melunturkan semangat dan daya juang ahli malah menguatkan lagi perpaduan dan keyakinan rakyat Bagan Serai terhadap parti.

Ini dibuktikan dengan kehadiran lebih 6,000 penyokong pada ceramah yang diadakan di Alor Pongsu malam tadi.

Nik Aziz Ajak Rakyat Contohi Cara Berpolitik MCA

Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat mahu rakyat mencontohi cara berpolitik pemimpin MCA kerana mereka memlilih dan menjatuhkan seseorang pemimpin melalui pemilihan di peringkat dalaman parti.

Pada 4 Mac lalu, 22 angota jawatankuasa pusat (CC) MCA meletakkan jawatan, yang sekaligus menyaksikan Datuk Seri Ong Tee Keat terpaksa bertanding semula jika mahu terus berkuasa.
Menurut Nik Aziz, masyarakat bukan Islam akan memerhatikan bagaimana buruknya politik orang Melayu apabila bertelagah sesama sendiri.

Beliau mengulas dan menyelar tindakan sesetengah pemimpin politik yang mendedahkan keburukan pemimpin lain atau ketuanya di khalayak umum apabila keluar parti.

Beliau yang juga Menteri Besar Kelantan berkata, jika anggota parti yang tidak suka kepada pemimpinnya, ia boleh diselesaikan di peringkat dalaman mengikut prosedur dalam sesebuah pertubuhan, sama ada melalui mesyuarat agung atau sebagainya.

"Mendedahkan keburukan bekas pemimpin kepada orang lain di khalayak umum perbuatan tidak berakhlak dan tidak bertamadun," katanya kepada Bernama selepas menyampaikan ceramahnya di Dataran Ilmu, di Kota Bharu, hari ini.

Anwar Berucap Di "Anwar Ibrahim London Lecture" 18 Mac

PETALING JAYA 17 Mac - Ketua Umum KEADILAN Datuk Seri Anwar Ibrahim akan menyampaikan ucaptama pada siri syarahan yang dikenali sebagai "Anwar Ibrahim London Lecture" dengan tajuk "Religion & Pluralism in a Divided World" (Agama & Pluralisma dalam dunia yang tidak bersatu" yang akan diadakan di kotaraya London pada 18 Mac.

Anwar yang baru-baru ini dilantik sebagai Presiden Kehormat Kumpulan Kebertanggungjawaban yang berpusat di London dan juga Pengerusi Yayasan Untuk Masa Depan yang berpangkalan di Beirut, Lebanon akan menyampaikan syarahan tersebut di Sheikh Zayed Theatre, London School of Economics and Political Science (LSE).

Sejak tahun 2004 Anwar telah memberi syarahan di Kolej St. Anthony di Oxford, Fakulti Pengajian Antarabangsa Lanjutan di Universiti John Hopkins dan Fakulti Perkhidmatan Luar Negeri di Universiti Georgtown.

Anwar Ibrahim merupakan Ketua Pembangkang Parlimen Malaysia dan juga merupakan bekas Timbalan Perdana Menteri dari tahun 1993 - 1998.

Beliau turut berperanan sebagai Menteri Kewangan selama lapan tahun dari 1991-1998.

Anwar juga pernah menjawat Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan pada tahun 1983, Menteri Pertanian pada 1984 serta Menteri Pendidikan pada 1986.