Memaparkan catatan dengan label MINDA TAJDID. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label MINDA TAJDID. Papar semua catatan

Saman Fitnah: Asri Sedia Beri Keterangan

PETALING JAYA: Bekas Mufti Perlis, Dr Mohd Asri Zainul Abidin sedia memberi keterangan di mahkamah berhubung dakwaan mengeluarkan kenyataan fitnah terhadap bekas Yang Dipertua (YDP) Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM), Datuk Nakhaie Ahmad.

Menurutnya, beliau mempunyai bukti yang kukuh bagi menghadapi saman yang difailkan oleh Nakhaie semalam.

“Beliau nak saman saya tak mengapa, saya terima sahaja dan saya sedia untuk hadir ke mahkamah untuk beri keterangan.

“Saya boleh buktikan bahawa saya tak fitnah sesiapa,” katanya kepada mStar Online di sini,semalam.

Hari ini Nakhaie memfailkan saman fitnah berjumlah RM1.5 juta terhadap Mohd Asri dan tujuh yang lain termasuk editor dan wartawan akhbar Sinar Harian.

Ulasan Dr Mohd Asri Tentang Hukuman Sebat Wanita Di Penjara Kajang

Beberapa pihak telah mengulas tentang hukuman sebat yang dikenakan oleh pihak berkuasa agama ke atas beberapa orang wanita muslimah. Saya ditanya berulang kali tentang hal ini. Berikut adalah beberapa perkara penting yang ingin saya sentuh;
 
1. Sebatan hukuman syariah dalam kes-kes maksiat peribadi (zina dan meminum arak) adalah sebatan yang tidak mencederakan. Ini hendaklah dibuat dalam keadaan yang tidak bertujuan memberikan kesakitan yang melampau, sebaliknya sekadar pengajaran. Bahkan dalam hadis, ada yang hanya dipukul dengan kain atau tangan sahaja. 

Ini amat berbeza dengan sebatan yang biasa diamalkan bawah mahkamah sivil. Jika sebatan yang dilaksanakan itu –inilah juga yang dimaklumkan oleh pihak berkenaan- tidak mencederakan, atau menimbulkan kesakitan yang melampau, maka ia sesuatu yang mempunyai unsur-unsur islamik, dan itu lebih baik dari memenjarakan mereka berbulan atau bertahun yang lebih memberikan penderitaan kepada mereka. Membantah perlaksanaan hukuman tersebut adalah tidak wajar.

2. Persoalan yang patut juga diambil berat; bagaimanakah proses yang membawa mereka didakwa dan seterusnya dihukum? Jika kesalahan itu mereka lakukan di tempat terbuka, atau didedahkan kepada orang lain seperti di pusat-pusat hiburan, aktiviti pelacuran yang mencari pelanggan dan seumpamanya, maka mereka layak untuk dihukum. Namun, jika mereka itu ditangkap setelah pihak berkuasa agama mengintip dan menceroboh masuk ke kawasan persendirian yang tertutup, maka proses situ bercanggah dengan nas-nas Islam.

Hal ini telah disebut oleh ramai sarjana sejak dahulu seperti al-Imam al-Ghazali (meninggal 505H), begitu juga Sayyid Qutb, Dr al-Qaradawi dan ramai yang lain. Para sarjana menyebut bahawa antara syarat Amar Makruf dan Nahy Munkar: An yakuna al-Munkar Zahiran min ghair tajassus (Hendaklah munkar itu zahir kelihatan tanpa intipan).

Terjemahan God Sebagai "Allah" : Mengenal Pasti Punca Permasalahan dan Penyelesaiannya

Kami telah dijemput sebagai mewakili parti masing-masing dan individu dalam Muzakarah Pakar anjuran Institut Kefahaman Islam (IKIM) pada 21 Januari 2010.

Laporan beberapa akhbar harian pada 22 Januari 2010 telah menyatakan sebagai berikut :

“Muzakarah Pakar anjuran Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM) hari ini mengambil kata sepakat penggunaan kalimah Allah sebagai terjemahan atau ganti nama kepada 'God' tidak tepat.
Pengerusi IKIM, Tun Abdullah Ahmad Badawi menegaskan, penggunaan kalimah Allah oleh bukan Islam juga menyalahi hakikat sebenar kerana ia bercanggah dengan konsep Tuhan yang dianjur oleh agama Islam atas dasar setempat di Malaysia”.

Apa yang tidak dinyatakan di dalam laporan berkenaan ialah pendirian konsisten kami bahawa :

Dr Asri Cadang 6 Panduan Guna Kalimah "Allah"

Bekas mufti Perlis Dr Mohd Asri Zainul Abidin hari ini mencadangkan enam garis panduan utama untuk diteliti berhubung isu penggunaan kalimah "Allah" oleh bukan Islam.

Katanya, garis panduan tersebut dicadangkan bagi "mengelakkan ketegangan yang tidak baik untuk negara dan kehidupan masyarakat yang berbilang agama dan kaum".



Menulis Dr Mohd Asri, ini adalah beberapa cadangannya mengenai hal tersebut untuk dijadikan garis panduan kepada rakyat Malaysia bagi mengelak perkara yang tidak diingini.


"Sebaliknya, hendaklah setiap pihak menghormati sensitiviti pihak yang lain," tulis Dr Mohd Asri dalam blognya.

Enam garis panduan tersebut dicadangkan ekoran keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur Khamis lalu yang membenarkan akhbar mingguan Herald-The Catholic Weekly menggunakan kalimah "Allah" dalam penerbitannya.

Kenyataan Dr Haron Din Dipertikai

Kenyataan tokoh ulama PAS Datuk Dr Haron Din - yang mengaitkan sokongan kepada keputusan mahkamah kes kalimah 'Allah' boleh membawa kepada kekufuran - dipertikaikan.

Membidas pengamal perubatan Islam itu, Dr Mohd Asri Zainul Abidin berkata, Dr Haron patut memberikan pandangan yang rasional dan tidak menafsirkan dengan salah pendapat orang lain.

"Saya hendak tanya Dr Haron, kalau kita dengar orang bukan Islam berkata, 'Allah menciptakan alam', adakah kita hendak ambil tindakan pada mereka? 

"Adakah kita hendak suruh mereka kata tuhan lain yang menciptakan alam?" kata bekas mufti Perlis.

Sementara ahli majlis syura PAS, Ahmad Awang pula berpendapat isu akhidah dan keputusan mahkamah merupakan dua hal yang berbeza sama sekali.

Beza Antara Merebut Nama "Allah" Dan Mempertahankan Akidah

 Dr. Mohd Asri bin Zainul Abidin enggan mengulas mengenai isu nama Allah yang telah diputuskan di mahkamah, sebaliknya berikut merupakan artikel lama yang telah ditulis beliau dan dicadangkan untuk pembacaan. 

Banyak pihak mendesak saya memberikan pandangan tentang penggunaan nama Allah oleh agama lain khususnya agama Kristian di Malaysia ini. 

Pada awalnya, saya selalu mengelak, cuma memberikan pandangan ringkas dengan berkata: “Isu ini bukan isu nas Islam, ianya lebih bersifat pentadbiran atau tempatan.

Peraturan ini mungkin atas alasan-alasan setempat seperti kenapa sekarang baru ditimbulkan isu ini? Kenapa hanya Bible dalam bahasa melayu sahaja yang hendak menggunakan panggilan Allah, tidak pula edisi inggerisnya?