SUARAKEADILAN - SHAH ALAM 17 Mei - Angkatan Muda Keadilan Selangor mendesak Ahli Parlimen Wangsa Maju, Wee Choo Keong dan ahli parlimen yang sebelum ini mengisytihar diri mereka keluar parti meletak jawatan dan bertanding semula atas tiket Bebas .
Ketua Penerangannya, Mohd Ezli Mashut berkata sikap ahli parlimen terbabit adalah tidak bermaruah kerana mengkhianati amanah dan perjuangan rakyat.
"Tindakan keluar parti oleh Choo Keong ketika pilihan raya kecil Sibu berlangsung merupakan tindakan politik yang dirancang oleh pihak tertentu.
"AMK Selangor menggesa wakil rakyat yang keluar daripada KEADILAN mutakhir ini melepaskan jawatannya segera.