Memaparkan catatan dengan label SAY NO TO ALI RUSTAM. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label SAY NO TO ALI RUSTAM. Papar semua catatan

Syed Hussein: Umno Bukan PKR Bakal Karam

MALAYSIAKINI - Tindakan beberapa pemimpin, termasuk ahli parlimen, ADUN dan ahli PKR yang meninggalkan parti itu sengaja dibesar-besarkan oleh media yang dikuasai oleh kerajaan sedangkan hakikatnya ia tidak akan meruntuhkan parti itu, kata Timbalan Presidennya, Syed Hussein Ali.

“Memang diakui imej PKR terjejas sedikit oleh tindakan beberapa orang ahli parlimen dan ADUN yang melompat katak. Akan tetapi mereka adalah anasir-anasir buruk dalam parti yang mempunyai banyak masalah diri dan tidak membuat kerja.

“Pasti mereka akan diganti kelak dengan calon-calon lebih berwibawa dalam pilihanraya akan datang,” katanya dalam kenyataan media hari ini.

PAS kesal DUN Melaka tolak usul Pakatan

PAS kesal dengan tindakan dengan tindakan Dewan Undangan Negeri (DUN) Melaka yang awal-awal lagi menolak usul yang dibawa oleh wakil rakyat Pakatan Rakyat (PR) negeri ini dalam persidangan yang akan berlangsung Isnin hingga Khamis ini.

Ketua penerangan PAS Negeri Melaka, Sofi Wahab berkata, usul yang dikemukakan oleh ADUN PR itu telah dihantar kepada setiausaha DUN, mengikut syarat-syarat yang ditetapkan.

Tetapi malangnya, tambah beliau, jawapan yang diterima amat mengecewakan apabila ia ditolak dengan tiada alasan yang kukuh.

"Antara usul yang dikemukakan ialah mendesak ketua menteri dan exco-exco kerajaan negeri mengisytiharkan harta masing-masing, dan menggesa kerajaan negeri memperincikan perancangan membina pulau buatan yang dinamakan Pulau Jalur Gemilang," katanya.

Sofi mendakwa, tindakan DUN Melaka menolak usul itu jelas membuktikan kerajaan negeri tidak demokratik dan membelakangkan kepentingan rakyat.

Murid Terdedah Bahaya Lalu Lintas

PERNU - Ibu bapa di Kampung Pernu sentiasa menaruh rasa bimbang terhadap keselamatan anak-anak mereka setiap kali melintas jalan untuk pergi dan pulang dari sekolah.

:Kebimbangan itu sudah dialami sejak sekian lama, apatah keadaannya yang sibuk kerana menjadi salah satu laluan terpenting menghubung antara Bandaraya Melaka dan Muar.

Yang Dipertua Persatuan Ibu bapa dan Guru-Guru (PIBG), Sekolah Kebangsaan (SK) Pernu, Datuk Dr Baba Deni berkata, menyedari bahaya berkenaan, pihaknya sudah banyak kali mengajukan masalah itu ke pihak Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK).

Menurutnya, sebagai langkah keselamatan permohonan mendapatkan kemudahan lampu isyarat telah dibuat namun sehingga ke hari ini, ia masih belum mendapat sebarang reaksi positif daripada pihak berkenaan.

“Selain SK Pernu, laluan tersebut turut menempatkan dua buah sekolah lain iaitu Sekolah Rendah Arab Al Falah, Jabatan Agama Islam (Jaim) dan pada sebelah petang, ia digunakan murid yang bersekolah agama di Sekolah Rendah Agama (SRA) Jaim, Pernu.

Jangan bongkak Dengan Allah!

Paras Empangan Durian Tunggal kini berada pada 73 peratus kapasiti, iaitu turun hampir 10 peratus berikutan cuaca panas yang melanda beberapa kawasan kini.

Bagaimanapun, Ketua Menteri, Datuk Seri Mohd Ali Rustam, menasihati rakyat Melaka supaya tidak risau kerana jumlah air yang ada pada masa ini adalah memadai untuk kegunaan mereka.

Menurutnya, ini kerana selain air yang disimpan di dalam ‘bundle storage’ sebagai bekalan, paras air di Empangan Jus, iaitu 74 peratus daripada kapasitinya, adalah cukup untuk menampung permintaan.

Kita sebagai rakyat menyanjung usaha-usaha kerajaan dalam menangani isu air ini. Cuma kita ingatkan diri kita jangan bongkak dengan Allah. Kuasa Allah mengatasi kuasa makhluk.

Kemarau adalah salah satu dari bala Allah ke atas hambaNYa.
Di Melaka terlalu banyak maksiat yang berlaku. Namun saya melihat kerajaan negeri buat 'dek' sahaja dengan gejala yang berlaku.