Memaparkan catatan dengan label MAHKAMAH. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label MAHKAMAH. Papar semua catatan

Karpal Kemuka Alibi Anwar, Tuduh Saiful Berbohong


TVS - Pasukan Peguam Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini mengemukakan pembelaan bahawa ketua pembangkang itu tidak berada dalam unit kondominium yang didakwa oleh pengadu Saiful bukhari Azlan sebagai tempat beliau diliwat.

Peguam Karpal Singh berkata Anwar berada di unit kondominium sebelah menghadiri mesyuarat dengan beberapa orang semasa Saiful mendakwa kejadian itu berlaku pada 26 Jun 2008 antara pukul 3 hingga 4 .30 petang.
 
Hakim Zabidin Mohd Diah, pendakwaraya dan peguambela Anwar hari ini meninjau unit berkenaan di Desa Condominium yang dimaksukkan oleh Anwar itu sebelum perbicaraan bersambung di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur.
 
Saiful yang dipanggil semula memberi keterangan menafikan Anwar tidak berada di dalam unit Kondominium yang dinyatakan dalam pertuduhan terhadap ketua pembangkang.
Karpal berkata dakwaan liwat pada 26 Jun itu tidak berlaku.

Menurut Karpal, semasa kejadian yang didakwa itu, Anwar berada di Unit 11-5-2.

Anwar Gagal Lawat Unit Kondominium Kedua

MALAYSIAKINI - Perbicaraan kes liwat II yang membabitkan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim bersambung hari ini dengan melawat lokasi 'kejadian' di sebuah unit kondominium Desa Damansara .
Anwar dan peguam utamanya, Karpal Singh tiba di perkarangan kondominium itu pada jam 2.28 petang tanpa berhenti bercakap kepada pemberita.

Kira-kira 50 minit kemudian mereka meninggalkan lokasi berkenaan dan menuju ke Kompleks Mahkamah Jalan Duta.

Sebelum perbicaraan bermula, Anwar memberitahu wartawan bahawa pihaknya gagal melawat atau meninjau unit kondominium yang mereka kehendaki.

'Pornthip Penipu': Nazri Bebas Hina Mahkamah

MALAYSIAKINI - Mahkamah Koroner Shah Alam hari ini menolak permohonan keluarga mendiang Teoh Beng Hock yang memfailkan notis usul menghina mahkamah terhadap Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz.

Menurut koroner, Azmil Muntapha Abas (kiri, bertali leher) kenyataan yang dibuat oleh Nazri itu adalah “pandangan peribadinya”.Beliau turut berpendapat, tiada bukti menunjukkan bahawa kenyataan itu bertujuan untuk campur tangan dalam prosiding inkues menyiasat punca kematian Beng Hock

Keputusan itu berikutan komen Nazri yang dilaporkan oleh Malaysiakini pada bulan lalu, di mana beliau melabelkan pakar patologi Thailand, Dr Pornthip Rojanasunand yang dibawa oleh kerajaan negeri Selangor itu sebagai “penipu”.

Enjin F-5E: Saman 5 Pegawai Dipecat TUDM Ditolak

MALAYSIAKINI - Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini menolak saman yang dikemukakan lima bekas pegawai kanan Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) yang dipecat selepas kehilangan dua enjin jet F-5E TUDM pada 2007.
Pesuruhjaya Kehakiman, Datin Zabariah Mohd Yusof, membuat keputusan itu di dalam kamar selepas membenarkan permohonan kerajaan, Panglima Angkatan Tentera, Jeneral Tan Sri Azizan Ariffin, dan Majlis Angkatan Tentera Malaysia, yang dinamakan sebagai defendan, membatalkan saman itu.

Anwar - Saiful Sahkan Najib Terlibat




Pejabat AMK Jasin

Liwat II: Karpal Tuntut Senarai Saksi

MALAYSIAKINI - Perbicaraan kes liwat ll Datuk Seri Anwar Ibrahim disambung hari ini, selepas tiga bulan ditangguhkan, dengan peguambela Karpal Singh menuntut senarai saksi.

10.14pagi: Karpal bertanya mengapa pihak pendakwa begitu takut untuk menyerahkan senarai saksi kepada pihak pembela.

Katanya, jika tiada sebarang konspirasi untuk menjatuhkan Anwar, maka pihak pendakwa sepatutnya menyerahkan senarai saksi kepada pihak pembela.

10.06pagi: Peguamcara Negara 11 dan ketua pasukan pendakwa, Datuk Mohd Yusof Zainal Abidin berkata beliau terikat dengan keputusan Mahkamah Persekutuan supaya tidak menyerahkan senarai tersebut, dengan berkata senarai saksi itu "mungkin" diberikan diakhir pendakwaan.

Karpal Cabar Zahrain Ke Mahkamah


GEORGETOWN 28 Mac - Ahli Parlimen Bukit Gelugor Karpal Singh hari ini memberi amaran kepada anggota Parlimen Bebas Bayan Baru Datuk Seri Zahrain Hashim supaya tidak menganggu Ketua Menteri Pulau Pinang dengan menghantar surat tuntutan undang-undang dan menganggap perbuatan tersebut sebagai tidak professional.

Dalam satu sidang media yang diadakan di pejabatnya semalam Karpal menegaskan tindakan peguam Zahrain, Hanif Khatri Abdullah yang menghantar notis tersebut kepada Guan Eng sebagai satu sikap yang salah dan tidak beretika.

"Saya beri amarabn kepada Hanif supaya tidak melakukan sebarang tindakan lanjut terhadap Guan Eng. Saya mencabar Hanif untuk tampil untuk berdebat di mahkamah sekiranya beliau sangat yakin dengan tuntutan yang dikemukakannya itu," kata peguam veteran itu.

Walau bagaimanapun kandungan notis tuntutan yang dihantar kepada Guan Eng itu tidak didedahkan kerana dianggap rahsia.

Notis yang dihantar Hanif berhubung kenyataan Guan Eng yang mendakwa Zahrain keluar daripada KEADILAN kerana gagal mendapatkan kelulusan tender bernilai RM40 juta untuk mengurus projek Bukit Jambul Golf Resort di Pulau Pinang menerusi sebuah syarikat RM2.

Karpal berkata beliau akan menghantar surat balas kepada peguam Zahrain tersebut bukan untuk meminta maaf tetapi sebaliknya untuk mempertahankan kedudukan Ketua Menteri yang didakwa diperlekehkan pihak Zahrin dengan menghantar notis tersebut tanpa prosedur yang betul.

Sumber: Suara-Keadilan

Pejabat Angkatan Muda Keadilan
Cabang Jasin  

Institusi Kehakiman Dipengaruhi Badan Eksekutif

KUALA LUMPUR 26 Mac - Bekas tahanan Akta keselamatan Dalam Negeri (ISA) Abdul Malek Hussein kecewa dengan keputusan Mahkamah Rayuan semalam yang membenarkan rayuan kerajaan untuk mengenepikan tuntutan ganti rugi RM2.5 juta.

Keputusan sebulat suara yang dibuat oleh Hakim Datuk Md Raus Shariff, Hakim Datuk Sulong Matjeraie dan Hakim Datuk Ahmad Maarof jelas membuktikan tindakan berat sebelah badan kehakiman yang masih dicengkam kuasa eksekutif kata Abdul Malek.

Tiga hakim tersebut memutuskan bahawa penahanan Abdul Malek adalah sah dan menolak semua dakwaan yang beliau diseksa semasa dalam tahanan.

Berikutan keputusan itu beliau tidak layak mendapat sebarang pampasan kewangan tetapi sebaliknya diarahkan oleh Mahkamah Rayuan untuk membayar kos RM50,000.

"Saya kecewa dengan keputusan yang membelakangkan arus perubahan yang dibuat oleh rakyat pada pilihan raya 2008 lepas,

Anwar Pohon Semakan Semula Dan Petisyen Rayuan

KUALA LUMPUR 11 Mac - Ketua Umum KEADILAN Datuk Seri Anwar Ibrahim mengemukakan permohonan semakan semula ke atas keputusan Mahkamah Persekutuan 8 Mac lalu berhubung pembatalan keputusan Mahkamah Tinggi dan Mahkamah Rayuan mengenai pemecatan beliau sebagai Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan oleh mantan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad pada 1998.

Menurut peguambela Anwar, Sankara Nair permohonan semakan itu dibuat berdasarkan Peraturan 137 Peraturan Mahkamah Persekutuan 1995.

"Permohonan semakan keputusan Mahkamah Persekutuan itu telah dibuat di pejabat pendaftar Mahkamah Persekutuan 3 petang tadi," katanya melalui khidmat pesanan ringkas (SMS) kepada Suara Keadilan semalam.

Pada 8 Mac lalu, Presiden Mahkamah Rayuan Tan Sri Alauddin Mohd Sheriff yang mengetuai panel tiga anggota memutuskan keputusan diambil oleh dua mahkamah rendah sebelum ini adalah betul.

Dua hakim yang turut mendengar rayuan Anwar ialah Datuk Abdull Hamid Embong dan Datuk Mohd Ghazali Mohd Yusof.

Konsep Kebebasan Kehakiman

Oleh Khalid Samad

Telah berkata Syuraih (Hakim Zaman Saidina Ali di Kufah):

Apabila bergerak tentera Saidina Ali ke peperangan dengan Muawiyah di Siffin,terjatuh baju perisainya. Apabila beliau pulang dari peperangan tersebut ke Kufah, didapati bahawa baju besi tersebut berada di tangan seorang Yahudi yang menjual baju besi tersebut di pasar Kufah.

Maka berkata Saidina Ali kepada Yahudi tersebut : “Wahai orang yahudi, ini baju perisai saya, tidak pernah saya menjualnya atau menghadiahkannya”.

Berkata Yahudi itu: “Ini baju perisai ku dan ia berada di tangan ku”.

Berkata Saidina Ali: “Kita bawa perkara ini kepada hakim”.

Maka perkara ini dibawa kepada hakim Syuraih, maka duduklah Saidina Ali sebelah hakim dan duduklah orang yahudi tersebut di depan hakim tersebut.

Berkata Syuraih: “Katakanlah wahai Amirul Mukminin”.

MB Selangor Menang Kes Saman RM66 Juta

Mahkamah Rayuan Putrajaya mengetepikan perintah Mahkamah Tinggi yang mengarahkan Tan Sri Khalid Ibrahim (bawah) melunaskan pinjaman berjumlah RM66.67 juta kepada Bank Islam Malaysia Berhad berhubung pembelian saham Guthrie, sembilan tahun lalu.

Pembayaran itu berhubung pinjaman yang dibuat beliau untuk membeli saham Guthrie pada 2001 ketika beliau menjadi Ketua Eksekutif (CEO) syarikat berkenaan. 

Keputusan itu dibuat sebulat suara oleh panel tiga anggota yang diketuai oleh Hakim Zainun Ali.

Hakim lain ialah hakim Jeffrey Tan Kok Hwa dan Syed Ahmad Helmy Syed Ahmad.

"Mahkamah berpendapat di bawah prinsip perbankan Islam, pandangan perlu diambil dari juri Islam berhubung kesahihan urusniaga itu," katanya.

"Justeru, perkara berkenaan perlu melalui perbicaraan penuh," katanya.

Anwar: Saya Tak Akan Kembali Ke Penjara

Menghadapi perbicaraan kes liwat kali kedua, Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim yakin beliau tidak akan berjaya diheret merengkok dalam penjara lagi.

"Sekarang ini, program-program di Pulau Pinang, Kedah dan Perak, semua berjalan tanpa saya. Dan saya tidak akan masuk penjara.

"Tiada sebab untuk mereka menghantar saya kembali ke penjara. Atas alasan apa?” katanya ketika ditanya kemungkinan keputusan mahkamah tidak memihak padanya.
Selepas sepuluh tahun, Anwar kini sekali lagi berhadapan dengan tuduhan liwat yang didakwa dilakukan terhadap bekas pembantunya Mohd Saiful Bukhari Azlan.

Perbicaraan kes yang dianggap berprofil tinggi itu mendapat perhatian pelbagai pihak dalam dan luar negara. Keputusannya nanti juga akan dianggap bakal menentukan karier politiknya dan masa depan pakatan pembangkang.

Dalam wawancara ekslusif dengan Malaysiakini minggu lalu, Anwar turut ditanya tentang asas kenyakinannya itu sedangkan beliau dalam masa yang sama mendakwa terdapat 'konpisrasi' bagi menjatuhkannya.

Mahkamah Tolak Permohonan Anwar

dikemaskini Datuk Seri Anwar Ibrahim gagal dalam usaha perundangan terakhirnya untuk mendapatkan dokumen penting termasuk sampel spesimen Mohd Saiful Bukhari Azlan sebelum perbicaraan kes liwatnya bermula.

Panel tiga hakim Mahkamah Persekutuan diketuai Datuk Zulkefli Ahmad Makinuddin juga memutuskan bahawa Aturan 137 Kaedah-Kaedah Mahkamah Persekutuan tidak memperuntukkan bidang kuasa kepada Mahkamah Persekutuan untuk menyemak semula keputusan yang telah dibuat oleh mahkamah itu.

Turut sama bersidang adalah Hakim Datuk Wira Mohd Ghazali Mohd Yusoff dan Hakim Datuk Heliliah Yusof, lapor Bernama.

Hakim Zulkefli dalam penghakimannya berkata kes Anwar tidak sesuai untuk disemak kerana isu yang dibangkitkan oleh Anwar dalam permohonan semakannya telah dipertimbangkan oleh panel hakim Mahkamah Persekutuan sebelum ini.

Anwar memohon mahkamah agar menyemak semula keputusan Mahkamah Persekutuan sebelum ini yang menolak rayuannya untuk mendapatkan dokumen berkenaan sebagai persiapan untuk membela diri pada perbicaraan kes liwat itu.

Seminar Mengenai Malaysia Di Washington DC 'Tertutup'

Sebuah seminar berprofail tinggi mengenai kehakiman dan kerajaan Malaysia di Washington DC anjuran sebuah badan pemikir terkemuka - Pusat bagi Strategi dan Pengajian Antarabangsa (CSIS) - secara menghairankan - berubah menjadi 'program tertutup'.

Seminar bertajuk 'Urustadbir dan Keluhuran Undang-Undang di Malaysia' itu membabitkan pegawai terkemuka kerajaan Malaysia, dan dihadiri oleh pegawai kerajaan Amerika, aktivis, diplomat dan rakyat Malaysia di sana.

Dalam pengumuman CSIS yang dikeluarkan minggu lalu, ia menyatakan bahawa seminar dua jam itu adalah program terbuka. Tetapi penganjurnya kemudian telah mengubah fikiran.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Abdul Aziz (foto) merupakan satu-satunya wakil Malaysia.

Peguam Negara, Tan Sri Abdul Gani Patail dan pengerusi penal penasihat SPRM, Datuk Abdul hamid Mohamad turut dijemput untuk berucap tetapi tidak hadir.

Anwar Kesal Pemerintah Peralat AG

Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim menyifatkan Peguam Negara, Tan Sri Abdul Gani Patail diperalat Perdana Menteri, Najib Razak dan isterinya, Rosmah Mansor dalam perbicaraan konspirasi 2.

"Proses undang-undang harus saksama, dan mana-mana pertuduhan menuntut kepada asas yang kuat. Namun kita lihat Perdana Menteri dan isterinya memperalatkan Peguam untuk terus mendakwa," kata Anwar.

Anwar berkata demikian di perkarangan Kompleks Mahkamah Jalan Duta selepas perbicaraan tuduhan liwat II terhadapnya ditangguhkan sehingga 25 Mac depan.

Terdahulu Hakim Mahkamah Tinggi, Datuk Mohamad Zabidin Mohd Diah enggan menarik diri dari menghakimi perbicaraan Anwar dengan alasan menjadi tanggungjawab beliau melaksanakannya.

Semalam, Mahkamah Rayuan turut menolak permohonan Anwar agar pertuduhan liwat itu digugurkan walaupun laporan perubatan oleh 3 pakar dari hospital Kuala Lumpur menyatakan tiada kesan tusukan di dubur pengadu, Mohd Saiful bukhari Azlan.

"Soal tuduh-menuduh telah digariskan dengan jelas oleh hukum syariah, sepertimana yang ditegaskan oleh Sheikh Yusof Qardhawi. Beliau mengingatkan umat Islam untuk tidak terpedaya dan elakkan bersekongkol dengan golongan fasik," kata Anwar.

Sumber : TvSelangor

Karpal Gesa AG Gugur Pendakwaan; Selamatkan Badan Kehakiman

Ketua pasukan pembelaan, Karpal Singh menggesa Peguam Negara, Tan Sri Gani Patail meneliti semula kesemua kertas sisasatan terhadap pertuduhan yang dihadapi Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim sekaligus menggugurkan pertuduhan liwat II itu.

Karpal berkata tindakan itu perlu kerana pertuduhan yang dihadapi Anwar jelas tidak berasas berikutan laporan tiga pakar perubatan dari Hospital Kuala Lumpur bahawa tiada kesan tusukan ke dubur pengadu, Mohd Saiful bukhari Azlan.

“Tidak sangsi lagi Peguam Negara perlu meneliti semula keseluruhan kertas siasatan terhadap kes Datuk Seri Anwar Ibrahim terhadap tuduhan dan proses pendakwaan yang sedang berjalan. Pada pendapat saya tuduhan itu tidak berasas dan ia penting untuk Peguam Negara segera menganggap ia wajar digugurkan," tegas Karpal.

“Di mata dunia tuduhan bergantung kepada bukti perubatan, laporan perubatan sangat jelas 3 pakar dari Hospital Kuala Lumpur mengesahkan dan membuat laporan bahawa tiada kesan tusukan konklusif dan ia adalah bahan fundamental,” katanya.

Karpal turut menyifatkan tindakan Mahkaham Rayuan menolak rayuan pembelaan supaya kes ini digugurkan walaupun dengan hujah yang kukuh, akan menjadikan Malaysia sebagai bahan ketawa serata dunia.

“Saya terkejut bagaimana Mahkamah Rayuan semalam tidak menerima bantahan kami, walhal ia kukuh. Saya rasa kita akan dijadikan bahan tertawa dunia jika pertuduhan ini dibenarkan untuk diteruskan," katanya.

Sumber : TvSelangor

Bantahan AS, Australia Tidak Bercanggah Dengan Amalan Demokrasi Berparlimen

Tindakan Lebih 50 Ahli Parlimen Australia meminta pertuduhan konspirasi kedua terhadap Datuk Anwar Seri Ibrahim digugurkan, tidak menyalahi menyalahi amalan demokrasi berparlimen.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kampung Tunku Lau Weng San menyamakan tindakan Australia itu dengan protes kerajaan Malaysia terhadap kemelut politik di Myanmar, walaupun negara ini tidak mengamal dasar campur tangan.

"Malaysia pernah menubuhkan Kokus Parlimen Parlimen bagi menyatakan pendirian dan gesaan terhadap pergolakan politik Myanmar yang boleh menjejaskan kestabilan politik dan ekonomi serantau.

"Apakah ia juga satu bentuk campur tangan?" soalnya dalam satu kenyataan media hari ini, yang menyelar Pemuda Barisan Nasional (BN) tidak memahami sistem demokrasi berparlimen.

Beliau menyifatkan demontrasi anjuran Pemuda Barisan Nasional (BN) dan badan bukan kerajaan (NGO) depan kedutaan Australia, semalam, menunjukkan kejahilan mereka terhadap fungsi  demokrasi berparlimen amalan negara-negara komanwel termasuk Malaysia dan Australia.

Kes Arsenik : 27 Dibebaskan

Mahkamah Majistret Kuala Lumpur hari ini membebaskan 27 peserta perhimpunan haram berhubung dakwaan Datuk Seri Anwar Ibrahim yang beliau diracun dengan arsenik pada lewat 1999.

Antara yang didakwa itu termasuk lima ahli parlimen Pakatan Rakyat: Dr Mohd Hatta Ramli (PAS-Kuala Krai), Azmin Ali (PKR-Gombak), R Sivarasa (PKR-Subang), Tian Chua (PKR-Batu) dan N Gobalakrishnan (PKR-Padang Serai).

Peserta lain yang dituduh termasuk mereka yang kini menjadi ahli Umno seperti Ezam Mohamed Noor, Ruslan Kassim, Lokman Noor Adam and Hanafiah Man.

Bagaimanapun Ezam dan Lokman tidak menghadiri perbicaraan hari ini. Begitu juga dengan Gobalakrishnan, Sivarasa and Azmin.

Sesetengah mereka seperti Dr Hatta dan Dr Badrul Amin Bahron mendedahkan mereka direman enam hari selepas menyerah diri kepada polis.

Turut hadir di mahkamah hari ini ialah bekas setiausaha PRM Dr Sanusi Osman dan bekas kolumnis Malaysiakini Hishamuddin Rais.

Fitnah II : Kes Ditangguhkan Lagi

Perbicaraan kes liwat Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini terpaksa ditangguhkan sehingga esok. Kali ini untuk memberi peluang kepada pembelaan memfailkan balasan terhadap afidavit jawapan pendakwaan semalam.



Hakim Mahkamah Tinggi Datuk Mohamad Zabidin Mohd Diah membuat keputusan itu elepas membenarkan permohonan peguam Karpal Singh yang mengetuai pasukan pembelaan Anwar untuk diberikan masa untuk berbuat demikian.

Ini merupakan kali kedua perbicaraan bagi pemeriksaan balas pihak pembelaan ditangguhkan. Kali pertama ialah semalam iaitu selepas pembelaan membuat permohonan supaya Mohamad Zabidin menarik diri daripada mendengar kes liwat penasihat Parti Keadilan Rakyat yang sepatutnya didengar pagi ini.

Kronologi Krisis Politik Perak

Mahkamah Persekutuan akan mengumumkan sebentar lagi keputusannya mengenai siapakah menteri besar Perak yang sah - Datuk Seri Zambry Abd Kadir dari BN atau Datuk Seri Mohamad Nizar Jamaluddin dari Pakatan.

Berikut adalah kronologi krisis politik di Perak yang berlaku selepas pilihan raya umum ke-12 pada 8 Mac 2008. 

Laporan langsung daripada Istana Keadilan Putrajaya boleh juga diiikuti di laman 
TwitterMalaysiakini.
17 Mac 2008:


- Mohammad Nizar, ADUN Pasir Panjang, mengangkat sumpah sebagai Menteri Besar Perak. 
1 Feb 2009: 
- Speaker DUN Perak, V. Sivakumar berkata, beliau menerima surat peletakan jawatan ADUN Behrang Jamaluddin Mat Radzi dan ADUN Changkat Jering, Mohd Osman Jailu. Kedua-dua ADUN PKR nafi meletakkan jawatan.