Memaparkan catatan dengan label Keadilan Untuk Anwar Ibrahim. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Keadilan Untuk Anwar Ibrahim. Papar semua catatan

Fitnah 2.0 : Pihak Pembela Tunda Soal-Balas Doktor HKL

MALAYSIAKINI - Peguam Karpal Singh memberitahu mahkamah bahawa hari ini pasukan pembela telah mengemukakan notis usul, yang disokong oleh afidavit, untuk mendapatkan akses kepada dokumen-dokumen tertentu. Usul tersebut adalah untuk mendapatkan dokumen tambahan mengenai nota klinikal, laporan, bahan dan spesimen.

Menurutnya, Mahkamah Persekutuan telah memutuskan bahawa pihak pembela boleh memohon untuk mendapatkan dokumen-dokumen tersebut pada mana-mana tahap prosiding, dan kerana itulah pihak pembela melakukannya sekarang.

Hakim Datuk Mohamad Zabidin membenarkan soal balas terhadap Dr Mohd Razali ditunda kepada 14 Jun untuk mendengar permohonan tersebut.

Karpal Kemuka Alibi Anwar, Tuduh Saiful Berbohong


TVS - Pasukan Peguam Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini mengemukakan pembelaan bahawa ketua pembangkang itu tidak berada dalam unit kondominium yang didakwa oleh pengadu Saiful bukhari Azlan sebagai tempat beliau diliwat.

Peguam Karpal Singh berkata Anwar berada di unit kondominium sebelah menghadiri mesyuarat dengan beberapa orang semasa Saiful mendakwa kejadian itu berlaku pada 26 Jun 2008 antara pukul 3 hingga 4 .30 petang.
 
Hakim Zabidin Mohd Diah, pendakwaraya dan peguambela Anwar hari ini meninjau unit berkenaan di Desa Condominium yang dimaksukkan oleh Anwar itu sebelum perbicaraan bersambung di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur.
 
Saiful yang dipanggil semula memberi keterangan menafikan Anwar tidak berada di dalam unit Kondominium yang dinyatakan dalam pertuduhan terhadap ketua pembangkang.
Karpal berkata dakwaan liwat pada 26 Jun itu tidak berlaku.

Menurut Karpal, semasa kejadian yang didakwa itu, Anwar berada di Unit 11-5-2.

Anwar Gagal Lawat Unit Kondominium Kedua

MALAYSIAKINI - Perbicaraan kes liwat II yang membabitkan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim bersambung hari ini dengan melawat lokasi 'kejadian' di sebuah unit kondominium Desa Damansara .
Anwar dan peguam utamanya, Karpal Singh tiba di perkarangan kondominium itu pada jam 2.28 petang tanpa berhenti bercakap kepada pemberita.

Kira-kira 50 minit kemudian mereka meninggalkan lokasi berkenaan dan menuju ke Kompleks Mahkamah Jalan Duta.

Sebelum perbicaraan bermula, Anwar memberitahu wartawan bahawa pihaknya gagal melawat atau meninjau unit kondominium yang mereka kehendaki.

Liwat II: Saiful Nafi Plastik Disumbat Ke Duburnya

MALAYSIAKINI - Perbicaraan liwat II membabitkan ketua umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim bersambung hari ini dengan peguamnya, Karpal Singh sekali lagi memohon mahkamah bagi membekalkan pihaknya dengan senarai saksi.
Menurut Karpal pihaknya telah menghubungi pemilik kondominium di mana pengadu yang juga saksi utama, Mohd Saiful Bukhari Azlan mendakwa tempat dia diliwat, tetapi gagal menghubunginya.

"Kami perlukan bantuan daripada pihak pendakwaan. Saya pasti dia (pemilik kondo) itu juga akan dipanggil (sebagai seorang saksi).”

Peguam Cara II Negara, Datuk Mohd Yusof Zainal Abiden, yang mengetuai pasukan pendakwa berkata beliau hanya mengetahui berhubung permohonan senarai saksi pendakwaan telah dibuat hari ini.
Ketika disoal-balas Karpal, Saiful menceritakan bahawa ayahnya bercerai dengan ibunya semasa dia berada di darjah satu.

Karpal yang berkerusi roda kemudian bertanya mengenai adik perempuan Saiful - Saidati yang dikatakan mengikut seorang lelaki dan berkahwin di Thailand.

Rayuan Anwar Ditolak, Liwat II Akan Diteruskan

MALAYSIAKINI - Mahkamah Rayuan Putrajaya hari ini menolak permohonan Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk menangguh perbicaraan kes liwat beliau sementara menunggu keputusan rayuan untuk mendapatkan kenyataan saksi utama yang juga pengadu kes berkenaan, Saiful Bukhari Azlan.

Berikutan keputusan hari ini, perbicaraan kes liwat ketua pembangkang itu akan pada 31 Mei ini.

Hakim Sulong Matjeraie, yang mengetuai panel tiga hakim berkata keputusan yang dibuat oleh hakim mahkamah tinggi adalah sah.

"Adalah tidak betul bagi menangguhkan perbicaraan sementara menunggu keputusan rayuan di Mahkamah Rayuan.

“Jika rayuan itu dibenarkan, hakim perbicaraan boleh memanggil semula saksi (Saiful) pada bila-bila masa perbicaraan sebelum keputusan dibuat. Dia masih boleh disoal-balas.

Saiful Hanya Bilas Duburnya Untuk Simpan Bukti

MALAYSIAKINI - Saksi utama yang juga pengadu dalam kes liwat Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim - Mohd Saiful Bukhari Azlan berkata beliau silap mentafsirkan soalan wartawan apabila diajukan sama ada ini kali pertama dia diliwat.
Sebelum itu, selepas hakim, Datuk Mohamad Zaibidin Mohd Diah menolak permohonannya untuk menangguhkan prosiding sementara menunggu keputusan rayuan, peguambela Karpal Singh menunjukkan saiful sebuah artikel di Malaysiakini yang bertarikh 15 Ogos 2008 dengan tajuk 'Saya diliwat tanpa rela'.

Peguam Cara Negara II, Datuk Mohd Yusof Zainal Abiden membantah.

Namun, Mohd Zabidin menolak bantahan itu dan membenarkan Karpal untuk meneruskan soal balasnya. Saiful kemudiannya diminta membaca laporan itu secara senyap.

Laporan bertarikh 15 Ogos 2008 ini adalah berdasarkan sidang akhbar yang diadakan oleh Saiful selepas beliau bersumpah laknat di Masjid Wilayah Persekutuan bahawa dia diliwat oleh Anwar.

Saiful Berbohong Bukti Konspirasi Peringkat Tertinggi


SUARAKEADILAN - SHAH ALAM 12 Mei - Ketua Angkatan Muda KEADILAN, Shamsul Iskandar Mohd Akin menggesa Peguam Negara, Tan Sri Abdul Gani Patail supaya menggugurkan pertuduhan terhadap Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim atas pertuduhan berniat jahat dan bersifat fitnah yang dihadapi beliau.

Shamsul berkata sepanjang perbicaraan soalbalas Mohd Saiful Bukhari Azlan di Mahkamah Tinggi, jelas terdapat percanggahan keterangan yang diberikan oleh saksi utama tersebut yang juga pengadu dalam kes itu.

"Pertuduhan ini sangat jelas di mana pengadu dalam kes ini tidak boleh mengelirukan mahkamah dengan membuat keterangan yang bercanggah.

Video - Pendedahan Saiful Sahkan Konspirasi




Pejabat AMK Jasin

Saiful: Najib Terkejut Dengan Pendedahan Saya

MALAYSIAKINI - Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini mendengar keterangan saksi utama yang juga pengadu kes berkenaan, Mohd Saiful Bukhari Azlan berhubung pertemuannya dengan timbalan perdana menteri ketika itu, Datuk Seri Najib Razak pada 24 Jun, 2008.

Pertemuan itu diadakan dua hari sebelum Saiful mendakwa yang dia diliwat oleh ketua pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Dalam keterangannya selama sejam pada perbicaraan di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, hari ini, Saiful juga memberi butiran berhubung pertemuannya dengan ACP Rodhwan Mohd Yusof (sekarang SAC 1) dan kemudiannya dia membuat panggilan telefon kepada Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan sehari sebelum kejadian berkenaan.

Fitnah 2.0 : Mahkamah Tolak Permohonan Karpal

MALAYSIAKINI - Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini menolak permohonan peguam Karpal Singh bagi mengetepikan kenyataan pengadu Mohd Saiful Bukhari Azlan kepada polis.

Berikutan keputusan itu, hakim Datuk Mohamad Zabidin Mohd Diah, berkata pihak pendakwa mempunyai kuasa untuk menentukan mana-mana seksyen di bawah Kanun Keseksaan untuk mendakwa ketua pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

"Walaupun terdapat percanggahan dalam laporan polis dan pengakuan saksi. Namun kenyataan saksi tidak konflik dengan kejadian. Berdasarkan hujah itu, permohonan Karpal ditolak,” katanya.

Hakim kemudiannya mengarahkan perbicaran disambung.

Pejabat AMK Jasin

Video - Perbicaraan Liwat Anwar, Jangan Ada Gangguan Politik




Pejabat AMK Jasin

PM Dituduh Rancang Dakwa Anwar Liwat

MALAYSIAKINI - Para peguambela ketua pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini berusaha untuk mengaitkan perdana menteri dalam konspirasi untuk menjatuhkan Anwar dengan tuduhan meliwat seorang bekas pembantu lelakinya.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak sebelum ini mengakui bertemu pembantu ketua umum PKR itu - Saiful Bukhari Azlan, selepas dia berkata diliwat oleh Anwar tetapi sebelum satu aduan polis dibuat pada Jun 2008.

Najib juga menafikan campurtangan dalam kes tersebut.

Anwar - Saiful Sahkan Najib Terlibat




Pejabat AMK Jasin

Liwat II: Karpal Tuntut Senarai Saksi

MALAYSIAKINI - Perbicaraan kes liwat ll Datuk Seri Anwar Ibrahim disambung hari ini, selepas tiga bulan ditangguhkan, dengan peguambela Karpal Singh menuntut senarai saksi.

10.14pagi: Karpal bertanya mengapa pihak pendakwa begitu takut untuk menyerahkan senarai saksi kepada pihak pembela.

Katanya, jika tiada sebarang konspirasi untuk menjatuhkan Anwar, maka pihak pendakwa sepatutnya menyerahkan senarai saksi kepada pihak pembela.

10.06pagi: Peguamcara Negara 11 dan ketua pasukan pendakwa, Datuk Mohd Yusof Zainal Abidin berkata beliau terikat dengan keputusan Mahkamah Persekutuan supaya tidak menyerahkan senarai tersebut, dengan berkata senarai saksi itu "mungkin" diberikan diakhir pendakwaan.