Memaparkan catatan dengan label DEMONSTRASI. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label DEMONSTRASI. Papar semua catatan

50,000 Bantah Kezaliman Israel, Serah Memorandum Di Kedutaan AS

TVS - 3.48 petang: Perhimpunan disudahi dengan bacaan doa oleh Ustaz Nasharudin Mat Isa dan bersurai secara aman.

3.38 petang: Ustaz Nasarudin Mat Isa dalam sidang medianya berkata, perhimpunan ini melangkaui agama dan kaum bagi menyatakan kepada Washington berhubung tindakan kejam Israel Zionis. Perhimpunan ini juga katanya menunjukkan sokongan rakyat Malaysia terhadap perjuangan rakyat Palestin.

3.32 petang: Penyerahan memorandum selesai dan delegasi keluar dari bangunan kedutaan. Anwar dalam sidang media memberitahu, dalam pertemuan bersama Duta Besar Amerika Syarikat itu, Pakatan Rakyat dan NGO lain yang turut serta memohon untuk menyampaikan memorandum tersebut secara terus kepada Presiden US, Barack Obama.

Mereka juga menjelaskan kepada duta besar tersebut bahawa tindakan Israel itu adalah disebabkan tiada tindakan tegas oleh pihak Amerika Syarikat terhadap israel.

Presiden Umno Tidak Sertai Himpunan 100,000 Rakyat Kecam Israel


TVS - Presiden Umno Najib Abdul Razak menolak jemputan Pakatan Rakyat ke persidangan meja bulat mengecam serangan tentera rejim Tel Aviv keatas misi kemanusiaan Freedom Flotilla.

Sebelum ini, Ketua Pembangkang Dato Seri Anwar Ibrahim menghulurkan tangan menyeru Presiden Umno ini untuk turun berhimpun bersama rakyat di Kampung Baru, Jumaat depan.

Perhimpunan di ibu negara ini diadakan sebagai reaksi kepada serangan komando Tentera Laut Israel keatas konvoi membawa 10,000 tan bekalan makanan dan perubatan ke Semenanjung Gaza, yang dihimpit sekatan ekonomi Mesir-Israel.

Siri Demo Besar Anti-Israel Esok

MALAYSIAKINI - Sekurang-kurangnya dua demonstrasi besar akan diadakan di ibu negara esok oleh pelbagai pihak bagi mengutuk serangan berdarah tentera Israel terhadap flotila bantuan kemanusiaan pro-Palestin.

Demonstrasi tersebut bagaimanapun dilangsungkan secara berasingan - satu di Masjid Kampung Baru anjuran Pemuda PAS manakala satu lagi di Masjid Negara oleh Pemuda Umno, selepas solat Jumaat.

Beberapa NGO dijangka turut menyertai demonstrasi tersebut antaranya Jemaah Islah Malaysia (JIM), Angkatan Belia Islam Malaysia (Abim) dan Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (PERKASA).

Pakatan Leaders Protest Against Israel's Attack: Shamsul Iskandar, PKR's Youth Chief




Pejabat AMK Jasin

Serang Flotila: Kedutaan AS Di Malaysia 'Diserbu'

MALAYSIAKINI - Seperti di negara lain, rakyat Malaysia turut berdemonstrasi membantah serangan berdarah komando Israel kepada flotila bantuan pro-Palestin dengan 'menyerbu' bangunan kedutaan Amerika Syarikat di Kuala Lumpur hari ini.

Pembangkang, NGO, pelajar mula kelihatan membanjiri bangunan itu sejak jam 10.30 pagi tadi secara berperingkat-peringkat bagi menyatakan perasaan marah mereka.
Dalam satu bantahan oleh kumpulan pembangkang tengah hari tadi, kira-kira 100 orang berkumpul di kedutaan itu di Jalan Tun Razak bagi menyerahkan memorandum bantahan mereka kepada kuasa dunia itu.

Demonstrasi yang diketuai Naib Presiden PAS Datuk Mahfuz Omar itu mulai riuh apabila wakil kumpulan itu tidak dibenarkan masuk ke dalam bangunan kedutaan untuk menyerahkan memorandum dua halaman itu.

Mereka membawa sepanduk dan melaungkan reaksi yang tidak puas hati terhadapat isu ini.

Kumpulan itu antaranya melaungkan slogan anti-Israel seperti “hancur Israel”, “jahanam Israel” “mampus Israel”.

HIMPUNAN GERAKAN REFORMASI 1998


Tolak Fitnah 2, Ayoh Rakyat Selamatkan Malaysia
Ahad, 7hb feb 2009
di Pejabat Keadilan Merchant Square, Damansara.
Diundang: semua reformis 1998-2010
Dataran merdeka, Masjid negara/jamek/kg baru, Jln Kebun/Kesas
Yg kena tear gas, air kimia, ISA, Lokap, webmaster & semua penyokong dan kawan2
SEBARKAN.. Kita hidupkan kembali REFORMASI!
Pejabat Ketua AMK

Demonstrasi : Polis Jangan Amal 'Double Standard'

SEBERANG JAYA, 5 Feb : Setiausaha Agung Parti Keadilan Rakyat (PKR), Saifuddin Nasution Ismail mengecam Polis Diraja Malaysia (PDRM) kerana mengamakan sikap 'double standard' dalam membenarkan demonstrasi diadakan di negara ini.

Menurut beliau, lagi sikap 'double standard' yang dipamerkan oleh pihak polis itu membuktikan bahawa mereka telah tidak menjalankan tanggungjawab dan amanah yang telah dipertanggungjawabkan kepada mereka untuk bersikap adil dan saksama dalam memberi dan menangani demonstrasi yang diadakan dalam negara ini.

Kita mahu lihat sama ada polis akan bersikap adil atau tidak kepada rakyat negara ini yang berbeza fahaman politik. Jika dulu semasa Pakatan Rakyat (PR) menganjurkan demonstrasi 'Bersih', demonstrasi PPSMI, demonstrasi mansuhkan ISA dan banyak lagi bantahan yang kita lakukan, awal-awal lagi mereka telah siap sedia dengan FRU dan 'water cannon' mereka.

"Tapi kali ini kita mahu lihat mereka bersikap adil kepada perhimpunan yang akan diadakan oleh Umno dan Barisan Nasional (BN) yang dinamakan atas nama 30 NGO Melayu untuk berdemonstrasi dan berarak ke Komtar.

Dalam pada itu 'Perhimpunan Sedaq' seperti mana edaran yang diterima adalah anjuran 30 pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Melayu yang bersimpati dan bersemangat memperjuangkan orang Melayu tanpa mengira fahaman politik.

Salah Tembak Wanita, NGO Berdemo

Parti pembangkang dan kumpulan NGO akan berdemonstasi di depan ibu pejabat polis di Bukit Aman esok susulan pendedahan seorang perempuan malang yang mendakwa ditembak anggota keselamatan secara salah.

Perempuan tersebut, Norizan Salleh dijadual turut hadir bersama peguammnya N Surendran bagi menyerahkan memorandum bantahan kepada Ketua Polis Negara (KPN) Tan Sri Musa Hassan.

"Kita mahu KPN ambil tindakan segera dengan menggantung dan menahan pegawai polis yang terbabit (menembak Norizan).

"Tindakan polis itu menyebabkan Norizan hampir kehilangan nyawa," kata Surendran yang menyifatkannya satu "cubaan membunuh".

Minggu lalu, Norizan, 30, dilaporkan mendakwa ditembak lima kali di bahagian dada dan tangan di sebuah lebuh raya ketika dalam perjalanan pulang ke rumahnya di Segambut.

Keputusan Pilihanraya Kampus UM Digantung

Selepas rundingan lebih empat jam hari ini, Universiti Malaya mengambil keputusan untuk menggantung sementara keputusan pilihan raya kampusnya yang diumumkan semalam.

Menurut bekas presiden Majlis Perwakilan Mahasiswa Universiti Malaya (MPMUM) Mohd Ridzuan Mohammad, keputusan itu dipersetujui bersama oleh naib canselor, Ghauth Jasmon dan kumpulan pro-Mahasiswa (pro-M).

NONEGhauth juga bersetuju membenarkan kumpulan pro-M untuk melantik perunding bagi menguji sistem e-undi yang didakwa mereka dimanipulasikan.

Sekiranya dakwaan berkenaan berasas, Ghauth bersetuju pilihan raya kampus diadakan semula.

Ghauth juga berjanji akan menyiasat dakwaan yang timbalan naib canselor, Azarae Idris menyalah-gunakan kedudukannya dan terbabit memanipulasikan pilihan raya itu.

Selepas pengumuman butiran perbincangan itu, kumpulan pro-M berarak ke Dewan Tunku canselor untuk meraikan keputusan berkenaan.

6 Julai: Tarikh baru protes harga minyak


Tarikh dan tempat perhimpunan besar-besaran bagi membantah kenaikan harga minyak, ditukar sekali lagi.

Perhimpunan tersebut sebelum ini dijadual diadakan pada 5 Julai depan, bertempat di KLCC di ibu negara.

Bagaimanapun, hari ini, Penyelaras Protes, Dr Hatta Ramli berkata, perhimpunan itu akan diadakan pada 6 Julai bertempat di Jalan Timur, Petaling Jaya

Pertukaran itu, katanya, dibuat untuk memberi ruang kepada lebih ramai rakyat untuk menyertainya.

Keputusan memindahkan tempat perhimpunan juga dibuat kerana Protes tidak mahu perniagaan di KLCC terganggu.

"Satu kawasan lapang di Jalan Timur dijangka tidak menganggu masalah kesesakan lalulintas dan keselamatan peserta protes.

"Ia satu kawasan yang amat strategik di mana orang boleh menggunakan lebuhraya Persekutuan dan LRT Taman Jaya," katanya.

Sewa bas

Dr Hatta berkata, orang ramai dijangka berhimpun mulai jam 10 pagi untuk menyertai pelbagai aktiviti, termasuk ucapan para pemimpin politik pembangkang.

Katanya, sasaran untuk mendapatkan sejuta orang menyertai protes boleh dicapai kerana ia disertai oleh rakyat seluruh negara, termasuk Sabah dan Sarawak.

"Saya dimaklumkan rakyat di pantai timur sudah mula menyewa bas untuk menyertai protes tersebut," katanya lagi.

Dr Hatta berkata, beliau berkata, Protes tidak akan memohon permit polis kerana menurutnya ia merupakan satu perhimpunan aman.

Bagaimanapun, katanya, penganjur ada memberitahu polis mengenai perhimpunan tersebut dan berharap mereka boleh membantu menyelesaikan masalah kesesakan lalulintas.

"Kita juga menyediakan 3,500 petugas untuk membantu mengawal keselamatan dan masalah kesesakan lalulintas di kawasan tersebut.

Sementara itu, Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK), Shamsul Iskandar Md Akin yang hadir sama dalam sidang media tersebut mengajak anak-anak muda menyertai protes tersebut.

Katanya, kenaikan harga minyak adalah merupakan isu negara yang memeberi kesan kepada semua orang.

Sekitar Perhimpunan Aman @ Jasin

Seramai hampir 300 rakyat berkumpul di hadapan SHELL Bandar Jasin semalam (14 Jun 2008) bagi membantah kenaikan harga petrol dan diesel yang diumum kerajaan Barisan Nasional baru-baru ini. Perhimpunan yang dianjurkan oleh Angkatan Muda KeADILan (AMK) Bahagian Jasin dengan kerjasama AMK Negeri Melaka ini, turut disertai oleh Sdr. Steven Ho Kian Kim (bekas calon DAP DUN Bemban) dan Ketua Dewan Pemuda PAS Negeri Melaka, Ustaz Kamaruddin Sidek. Perhimpunan yang bermula jam 3.30 petang ini bersurai secara aman kira-kira pada jam 5.00 petang dengan arahan polis dari IPD Jasin, Melaka. Turut hadir bersama ialah Sdr. Shamsul Iskandar Mohd Akin (Ketua AMK Malaysia/Ketua PKR Bahagian Jasin).










***Pesanan dari Ketua AMK Bahagian (Zam): "Terima kasih kepada semua kerana turun memberi sokongan"




~ oleh: Setiausaha AMK Bahagian Jasin ~

Kenaikan harga minyak,: rakyat berhimpun tunjuk kemarahan

SuaraKeadilan.com
KUALA LUMPUR, 13 Jun (SK) - Sekurang-kurangnya 2000 orang berarak dari Masjid Kampung Baru ke Kompleks Membeli Belah Sogo di Jalan Tunku Abdul Rahman bagi menuntut kerajaan menurunkan kembali harga minyak yang dilihat tidak munasabah oleh kerajaan.
Selepas sahaja selesai solat jumaat di Masjid Jamek Kampung Baru, beberapa laungan takbir dan disambut Allahuakbar berkumandang didalam masjid.

Didalam kawasan masjid, sambil melaungkan “turunkan harga minyak” dan kelibat Ketua Angkatan Muda KeADILan, Shamsul Iskandar Mohd Akin dan Ketua Pemuda Pas, Salehudin Ayob mengetuai kumpulan terbabit dan keluar dari perkarangan Masjid.
Di luar masjid, kumpulan demonstrasi berhenti di persimpangan Jalan Raja Alang, berikutan Jalan Raja Abdullah yang menunju ke KLCC yang sepatutnya dilalui telah dihalang oleh anggota FRU.
Kumpulan berkenaan melalui kawasan dalam kawasan Chowkit, dan terus menuju ke Jalan Tunku Abdul Rahman.
Pada jam 2.30 Petang, kumpulan berkenaan tiba di hadapan Kompleks Membeli Belah Sogo di Jalan Tunku Abdul Rahman dan kira-kira 1000 orang mengambil tindakan untuk terus duduk di jalan raya serta perhimpunan berkenaan turut disertai oleh orang ramai yang keluar dari bangunan-bangunan sekitar.

Beberapa pemimpin berucap ketika orang ramai duduk dijalan raya, antaranya ialah Shamsul Iskandar dan Naib Ketua AMK, Khairul Anuar, Naib Presiden Pas, Mohd Sabu, Ketua Pemuda Pas Salahuddin Ayub dan ahli jawatankuasa pusat PAS Dr Syed Azman Syed Nawawi.
Selepas bacaan doa, kumpulan berkenaan berarak menuju ke Jalan Raja Laut dimana menempatkan Pejabat Agong Pas dan pada jam 3 petang, kumpulan berkenaan bersurai dengan aman di hadapan Ibu Pejabat Pas.

Perhimpunan Aman @ Jasin