Memaparkan catatan dengan label INOVASI. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label INOVASI. Papar semua catatan

USM Cipta Perisian Kenalpasti Penyakit Kecelaruan Bahasa

PULAU PINANG: Sekumpulan penyelidik Universiti Sains Malaysia (USM) berjaya mencipta satu sistem sokongan untuk membantu pegawai perubatan mengenalpasti masalah percakapan kanak-kanak yang bermasalah.

Ketua pasukan penyelidik itu Dr Rozaida Abdul Rauf berkata perisian Sistem Sokongan Keputusan Bahasa Klinikal (CLDSS) adalah ciptaan terbaru dan pertama di dunia bagi mengenalpasti masalah kecelaruan bahasa di kalangan kanak-kanak.
Katanya penyelidikan yang bermula sejak Disember 2006 hingga November tahun lepas itu dibangunkan dengan kos sebanyak RM186,000 dan ia menggabungkan kepakaran dalam bidang psikolinguistik dan Teknologi Maklumat (IT).
"Perisian itu mampu mengenalpasti dengan tepat punca sebenar berlaku kecelaruan bahasa seawal mungkin antara usia setahun hingga enam tahun sebelum seseorang kanak-kanak itu memasuki persekolahan," katanya pada sidang akhbar di sini.