KUALA LUMPUR, 7 Jan : Parti Islam Se-Malaysia (PAS) meminta agar Peguam Negara (AG), Tan Sri Abdul Gani Patail tidak membuat lawak antarabangsa dalam kes kehilangan dua unit enjin Jet Pemintas F-5E milik Tentera Udara Di Raja Malaysia (TUDM) yang bernilai RM100 juta.
Demikian kata Ketua Penerangannya, Ustaz Idris Ahmad kepada Harakahdaily.

PAS melihat, kata Idris, pendakwaan dua orang tertuduh melibatkan anggota TUDM, Sarjan N. Tharmendran dan Pengarah Syarikat K. Rajandran Prasad sebagai melepaskan batuk ditangga dan tidak serius.
Katanya, PAS yakin bahawa ada lagi pihak-pihak lain yang terlibat tetapi tidak didakwa.
Ini kerana, kes ini melibatkan kehilangan dua unit enjin Jet yang besar bukannya kehilangan dua biji telur ayam atau gula-gula Hacks.