Memaparkan catatan dengan label BANTAH LESEN JUDI PIALA DUNIA 2010. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label BANTAH LESEN JUDI PIALA DUNIA 2010. Papar semua catatan

Majlis Tempatan Selangor Haramkan Pertaruhan Sukan

MALAYSIAKINI - Beberapa majlis tempatan di Selangor akan bertindak membekukan lesen premis pertaruhan yang menawarkan judi sukan.

Bermula dengan Majlis Badaraya Petaling Jaya pada Selasa lalu, gerakan berkenaan menjalar ke Selayang, semalam dan hari ini Ampang Jaya pula mengambil tindakan yang sama.
Bercakap pada sidang media selepas mesyuarat majlis berkenaan, ahli majlis, Latheefa Koya berkata mereka bertindak mengikut Seksyen 101, Akta Kerajaan Tempatan yang meliputi isu berhubung kesihatan, keselamatan dan keselesaan.

Latheefa, yang juga ketua penerangan PKR berkata judi sukan memudaratkan kesihatan mental dan menjadikan sukan sebagai aktiviti yang tidak menyihatkan.

Pulau Pinang Haramkan Judi Bolasepak

MALAYSIAKINI - Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng hari ini mengumumkan pengharaman menyeluruh pertaruhan sukan, menjadikan ia negeri pertama Pakatan rakyat yang berbuat demikian.
Lim berkata arahan akan dikeluarkan kepada dua majlis tempatan di negeri itu untuk memaklumkan larangan itu kepada pengendali loteri berkenaan berhubung langkah baru kerajaan negeri.

"Mereka diarahkan menggunakan peraturan Seksyen 101 (5) Akta Pihak Berkuasa Tempatan untuk menolak permohonan dibuat," katanya.
Menurut Lim, kerajaan negeri memutuskan menolak untuk sebarang permohonan konsesi perjudian sukan tunggal negara, Ascot Sport Sdn Bhd bagi menjalankan perjudian sukan.

Protes Seluruh Negara Bantah Judi Esok

MALAYSIAKINI - PAS menganjurkan sekurang-kurangnya lima perhimpunan di pelbagai tempat di seluruh negara esok bagi membantah tindakan kerajaan meluluskan lesen judi sukan.

Protes yang digerakkan Dewan Pemudanya itu akan diadakan di Pulau Pinang, Perak, Selangor, Negeri Sembilan dan Terengganu.

Daripada kelima-lima negeri itu, perhimpunan di Terangganu dijangka terbesar, melibatkan sekurang-kuranngnya 3,000 orang.

Perhimpunan Bantah Lesen Judi, Konsert Kecoh

MALAYSIAKINI - Kekecohan berlaku apabila pihak polis cuba menghentikan ucapan pemimpin Pemuda Pakatan Rakyat dan NGO yang membantah tindakan kerajaan mengeluarkan lesen judi pertaruhan bolasepak Piala dunia dan penganjuran konsert 12 jam yang membabitkan artis luar negara, Pitbull.
Mereka mengadakan bantahan tersebut sejurus selepas selesai solat Jumaat Masjid Jamek Kampung Baru pada kira-kira jam 2.10 petang.

Ia berlangsung di atas sebuah pentas dalam kawasan masjid tersebut.

Kejadian itu disaksikan oleh kira-kira 500 orang yang berada di situ, termasuk mereka yang sedang beredar selepas selesai solat Jumaat.

Abim Turut Bantah Lesen Pertaruhan Piala Dunia

MALAYSIAKINI - Angkatan Belia Islam Malaysia (Abim) membantah sekeras-kerasnya serta merasa amat kesal keputusan kerajaan memberi lesen pertaruhan perlawanan bolasepak Piala Dunia 2010.

"Abim menilai keputusan ini seakan tidak menghiraukan sensitiviti di kalangan masyarakat Islam di negara ini oleh pihak berkenaan serta dampak sosial yang diakibatkan dari keputusan tersebut," kata timbalan presiden Abim, Amidi Abdul Manan.

Abim, tambahnya, berpendirian bahawa keputusan kerajaan mengeluarkan lesen pertaruhan itu langsung tidak mempunyai sebarang justifikasi yang munasabah.