Memaparkan catatan dengan label KORUPSI. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label KORUPSI. Papar semua catatan

Siasatan Kes Rasuah Scorpene Bermula Di Perancis, Masa Depan Najib Terancam

Masa depan Datuk Seri Najib Razak sebagai Perdana Menteri Malaysia keenam semakin gelap dan diibaratkan bagai telur dihujung tanduk berikutan tindakan berani tiga peguam kanan Perancis yang memfailkan permohonan di mahkamah Paris menjalankan siasatan berhubung dakwaan rasuah dan pembayaran komisyen dalam pembelian kapal selam Scorpene oleh kerajaan Malaysia.

Menurut laporan Asia Sentinel yang bertajuk "Murky Arms Deal Linked To International Pattern of Kickbacks" oleh wartawan John Berthelsen bertarikh 16 April 2010, skandal berbilion dolar ini yang didakwa didalangi oleh Najib kini tidak lagi dapat dibendung dalam Malaysia dan kini telah melimpah ke arena antarabangsa.

Asia Sentinel berkata tindakan peguam, William Bourdon, Renaud Semerdjian dan Joseph Breham dengan kerjasama pertubuhan hak asasi Malaysia, Suaram, memfailkan kes tersebut dengan pihak pendakwa Perancis telah memusnahkan perancangan kerajaan Malaysia melalui badan kehakiman dan institusi Parlimen selama lapan tahun untuk menyekat kes ini daripada diadili pada peringkat antarabangsa.

Barisan hakim di Pejabat Pendakwaraya Paris telah menjalankan penyiasatan terhadap pegawai tinggi di Perancis, Pakistan dan negara lain berkaitan urusan pembelian kapal selam yang sama yang didakwa ada kaitan dengan unsur rasuah dan pembayaran komisyen.

Elemen pembabitan Malaysia dalam penyiasatan panjang ini disahkan dalam kertas siasatan bertarikh 4 Disember 2009 dan 23 Februari 2010.

Kertas Putih: YBK Salah Guna Tanah Orang Miskin, Tidak Bayar Cukai


SHAH ALAM, 13 April – Laporan audit ke atas tanah milik Yayasan Basmi Kemiskinan (YBK) mendapati badan itu membangunkan projek komersil atas tanah untuk orang miskin, serta mencagarkan tanah-tanah lain kepada pihak ketiga serta tidak membayar cukai tanah.

Laporan itu juga mendapati bekas Adun Batang Kali, Datuk Zainal Abidin Sakom menjadi Pengerusi YBK sejak badan itu ditubuhkan pada 1990. Isteri beliau menjadi pemegang amanah YBK.

Zainal turut menjadi ahli Lembaga Pengarah Permodalan YBK Sdn Bhd selain mempunyai kepentingan dalam syarikat yang berurusan dengan YBK.

Lebih mengejutkan laporan itu mendedahkan juru audit kerajaan negeri tidak dapat menyiasat status projek tertentu di Hulu Selangor kerana fail-fail berkaitan sudah diambil terlebih dahulu oleh Suruhajaya Pencegahan Rasuah Malaysia.

Semakan audit turut mendapati :-

-16 lot tanah YBK digadaikan kepada individu dan syarikat untuk berjuta-juta ringgit. PYBK terlibat dalam lima cagaran itu, membabitkan RM102 juta.

Dunia Berubah Tapi Umno-BN Belum Sedar Diri Selepas 50 Tahun


TAIPING 28 Mac - Umno-Barisan Nasional pasti menuju kehancuran pada pilihan raya umum akan datang kerana gagal menghayati mesej yang disampaikan rakyat pada PRU 2008 lalu dengan kehilangan lima negeri.

Malah langkah menumbangkan kerajaan Pakatan Rakyat Perak setelah 10 bulan mentadbir negeri dengan baik dan lancar menguatkan lagi persepsi rakyat bahawa kezaliman dan penindasan akan berterus berlaku sekiranya Umno-BN dibenarkan mengekalkan kuasa.

Ketua Penerangan KEADILAN Perak, Zulkifli Ibrahim berkata oleh kerana takutkan kebangkitan serta kuasa rakyat, Umno-BN tidak putus-putus mengasak Pakatan Rakyat hampir saban hari.

"Dari segi psikologi, parti yang hendak mati akan menyerang parti yang kuat. Umno-BN akan kalah dalam PRU ke-13 sebab itu mereka rencanakan program menyerang Pakatan Rakyat bertubi-tubi tanpa henti.

"Mereka bagi rasuah kepada Ahli-ahli Parlimen kita dengan umpan wang ringgit tapi jangan risau kita pun tidak mahu katak-katak yang melompat itu. Kalau mereka 'gentlemen' mereka mesti letak jawatan," kata Zulkifli semasa berucap pada lebih 300 penyokong di pelancaran Gerakan Gelombang Rakyat (Gegar): Gempita Perak Ke Putrajaya di Simpang, Taiping petang semalam.

Curi Enjin : Sebutan Kes 29 Mac

Mahkamah Sesyen Petaling Jaya hari ini menetapkan 29 Mac depan untuk sebutan bagi membolehkan pihak pendakwaan menyerahkan semua dokumen berhubung kes seorang sarjan Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) dan seorang ahli perniagaan yang didakwa bersubahat dan melupuskan enjin milik TUDM.

Hakim Aslam Zainuddin menetapkan tarikh itu selepas peguambela Gobind Singh Deo yang mewakili ahli perniagaan, K Rajandran Prasad, 38, memberitahu mahkamah pihaknya masih belum menerima beberapa dokumen yang lain.

Pendakwaan diwakili Timbalan Pendakwa Raya Hamidi Mohd Nor menjelaskan pihaknya tiada sebarang bantahan terhadap permohonan itu dan akan menyerahkannya.

Aslam turut menetapkan tarikh itu bagi membolehkan peguam bela, V Ravichandran untuk menyerahkan afidavit bagi permohonan mendapatkan pengurangan wang jaminan terhadap anak guamnya, Sarjan N Tharmendran (bawah), 42.

Defect found on Royal Malaysian Navy sub


 New Submarine

OUR FIRST: The KD Tunku Abdul Rahman arriving at Port Klang for its official welcoming home ceremony on Sept 3 last year

KUALA LUMPUR: The country's sole submarine, KD Tunku Abdul Rahman, suffered a technical defect that prevented it from diving for three months. The problem was fixed last week.

The defect forced the RM1 billion plus French-built Scorpene submarine to delay tropical water trials that were scheduled to be completed by the end of January.

Bekas Pengurus CIMB Jasin Hadapi Tuduhan Rasuah


MELAKA: Bekas pengurus CIMB cawangan Jasin mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini atas tuduhan menerima suapan RM500, dua tahun lepas.
Mokhtar Ali, 53, dari Taman Peringgit Jaya, di sini didakwa menerima suapan itu pada 23 April 2008 sebagai dorongan untuk membantu pengadu, Ramli Meirad, 32, yang kononnya telah disenaraihitamkan untuk membuka akaun semasa.
Hakim Elesabet Paya Wan menetapkan tiga hari mulai 3 Mei sebagai tarikh perbicaraan. Mokhtar yang kini menjadi pengusaha kedai makan diwakili Peguam Azrul Zulkifli Stork.
Pendakwaan dilakukan oleh Pegawai Pendakwa Mohtar Sani dari Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

- BERNAMA