Memaparkan catatan dengan label KELANTAN. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label KELANTAN. Papar semua catatan

Nik Abdul Aziz Dahului Senarai Penerima Darjah Kebesaran Kelantan


KOTA BAHARU 30 Mac - Menteri Besar Kelantan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat mendahului senarai 639 penerima Anugerah Gelaran Kebesaran, darjah,bintang, pingat, surat kepujian dan Jaksa Pendamai oleh Pemangku Raja Kelantan,Tengku Muhammad Faris Petra Ibni Sultan Ismail Petra, esok.

Nik Abdul Aziz menerima Anugerah Gelaran Kebesaran Datuk Bentara Setia yang membawa gelaran Datuk.

Tiga lagi yang turut menerima Anugerah Gelaran Kebesaran ialah Hakim Besar Malaya Tan Sri Arifin Zakaria (Datuk Lela Negara), Hakim Mahkamah Persekutuan Datuk Hashim Che Yusoff (Datuk Bentara Luar) dan Setiausaha Kerajaan Negeri Datuk Mohd Aiseri Alias (Datuk Seri Setia Raja). Kesemua gelaran kebesaran itu membawa gelaran Datuk.

Seramai 70 yang lain akan turut menerima darjah kebesaran yang membawa gelaran Datuk. Mereka ialah isteri Perdana Menteri Datin Seri Rosmah Mansor dan Ketua Hakim Negara Tun Zaki Tun Azmi yang menerima Ahli Yang Kehormat Yang Pertama (Seri Paduka) bagi Darjah Kebesaran Mahkota Kelantan Yang Amat Mulia (SPMK).

Tengku Sri Jaya Raja, Datuk Tengku Mohamad Rizam Tengku Abdul Aziz pula penerima tunggal Ahli Yang Pertama (Seri Paduka) bagi Darjah Kebesaran Mahkota Kelantan Yang Amat Mulia (SPMK).

Musa Hitam: Wang Ihsan Atau Royalti Biar Kerajaan Negeri Uruskan


Bekas Timbalan Perdana Menteri Tun Musa Hitam berkata, pembayaran wang royalti atau ihsan seharusnya diserahkan kepada kerajaan negeri untuk diuruskan sebagaimana diperuntukkan mengikut undang-undang, bukannya dikendalikan oleh kerajaan pusat dengan mewujudkan jawatankuasa khas, katanya seperti mana dipetik dari Malaysia Insider.

Seolah-olah senada dengan pendirian bekas pengerusi dan pengasas Petronas Tengku Razaleigh Hamzah, Musa memberitahu, berdasarkan pengalamannya itu beliau lebih 'arif' dalam isu pertikaian wang royalti antara kerajaan negeri Kelantan dan pusat sekarang.

Dalam temu bual dengan Astro Awani, Musa berkata, pembayaran wang itu biar apapun istilahnya, mesti dibuat kepada kerajaan negeri kerana matlamatnya adalah untuk pembangunan rakyat.

“Sama ada wang ihsan atau royalti, itu tidak mustahak. Asalkan mereka menggunakannya untuk pembangunan rakyat.

“Kita harus wujudkan satu sistem di mana kita boleh memantau penggunaan wang itu, walaupun kuasanya diberikan kepada negeri berkenaan,” katanya.

Usul Royalti Minyak Ke DUN Kelantan

KOTA BHARU 28 FEB: Satu usul berhubung isu tuntutan royalti  minyak mungkin dikemukakan pada sidang Dewan Undangan Negeri Kelantan esok bagi membawa isu tuntutan itu ke mahkamah, kata Pengerusi Jawatankuasa Tuntutan Royalti Petroleum Kelantan, Datuk Husam Musa.

"Saya tidak tahu apa yang akan ADUN bincangkan esok. Mungkin mereka akan membawa satu usul mengenai itu. Ini akan menguatkan langkah kerajaan negeri untuk membawa isu itu ke mahkamah kerana ia mendapat mandat DUN negeri," katanya kepada pemberita selepas mesyuarat Exco di sini hari ini.

Hari ini, kerajaan Kelantan menjemput semua ADUN termasuk dari Barisan Nasional (BN) untuk mendengar taklimat berhubung royalti minyak Kelantan yang diberikan oleh bekas Ketua Hakim Negara, Tun Salleh Abas dan bekas Ketua Jabatan Undang-Undang Petronas, Nik Saghir Mohd Noor.

Husam, yang juga Exco Kanan kerajaan Negeri Kelantan, berkata melalui taklimat itu, beliau berharap kesemua ADUN mendapat penjelasan lebih nyata dan membincangkan isu tuntutan royalti minyak Kelantan pada sidang dewan.

Beliau berkata, kerajaan Kelantan  perlu mendapat sokongan DUN kerana sewaktu perjanjian antara Petronas dan kerajaan negeri pada 1975, perkara itu dibawa ke DUN untuk dipersetujui bahawa lima peratus keuntungan minyak di Kelantan diberi kepada negeri dan lima peratus lagi diberi kepada Pusat.

ROYALTI MINYAK : HAK PERSEKUTUAN??

Ahad lalu akbar-akbar aliran melayu menyiarkan iklan berkenaan isu royalti minyak dan malam semlam di TV1 ada bual bicara isu tersebut dengan menteri dari Kelantan.

Antara alasan Kelantan tidak layak menuntuk royalti kerana hasil luar 3 batu nautika menjadi milik kerajaan Persekutuan dan mana-mana kerajaan negeri tidak berhak menuntut.

Pandangan saya,persekutuan tidak berdiri dengan sendiri, ia adalah gabungan negeri-negeri,persempadanan persekutuan di ukur dari kedudukan negeri-negerinya, jika tiada negeri maka tiadalah persekutuan.

Contoh: Sekiranya Kelantan tidak menyertai Malaysia tetapi menjadi wilayah Thai maka pastinya persempadanan luar 3 batu nautika Kelantan akan menjadi hak negara Thai. Begitu juga sekiranya wilayah Satun di selatan negara Thai tiba-tiba menjadi Hak Persekutuan Malaysia maka pastinya sempadan Malaysia akan juga meliputi sehingga luar 3 batu nautika wilayah Satun.

Bukan niat untuk mempersoalkan perlembagaaan atau apa-apa akta berkaitan tetapi pihak persekutuan perlu adil dan juga dilihat adil memainkan peranan sebagai persekutuan.

Satu lagi orang berkata kenapa Terengganu dapat Kelantan tidak, sedangkan ada telaga yang diukur lebih dekat dengan pantai Kelantan berbanding pantai Terengganu. 

Sumber : PemantauBebas

Royalti Minyak : BN Diminta Henti Tipu Rakyat

Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mustapa Mohamad dianggap kini terpesong dalam soal wang tuntutan negeri Kelantan mengenai hasil minyak.
Penyelaras Pakatan Rakyat, Datuk Zaid Ibrahim (kiri) berkata Mustapa seolah-olah tahu perkara sebenar tetapi bersungguh-sungguh cuba mempertahankan dasar kerajaan pusat itu.

“Pertama, Mustapa kata Kelantan tidak berhak kepada royalti minyak dan cuma layak menerima “cash payment” atau bayaran tunai sebanyak 5 peratus.

“Itu memang betul kerana perjanjian 1975 di antara Petronas dan Kelantan (dan negeri lain) menggunakan perkataan “cash payment”. Kerajaan Kelantan pun tak ada masalah dalam hal itu. Panggillah apa yang kamu suka, royalti atau “cash payment”, tapi bayarlah,” katanya dalam blognya.

Bagi Zaid apa yang dikatakan wang ehsan itu pula, adalah sesuatu yang lain kerana ehsan bererti pemberian atas sebab kasihan atau sebab politik.

Jangan Khianat Rakyat Kelantan - PR

Rakyat Kelantan bukan peminta sedekah, begitu kata Naib Presiden Pas Salahuddin Ayub ketika diminta mengulas rancangan Kerajaan Pusat untuk menyalurkan wang ehsan kepada projek tertentu di Kelantan.

Semalam, Pengerusi Umno Kelantan Datuk Seri Mustapa Mohamad dilaporkan sebagai berkata sejumlah RM20 juta dalam bentuk wang ehsan akan disalurkan untuk program tertentu seperti projek perumahan rumah baru.

Salahuddin membidas dan berkata royalti minyak RM2 bilion yang dihutang Kerajaan Pusat kepada rakyat Kelantan sudah memadai bukan sahaja untuk membina projek rumah baru, bahkan juga pelbagai program pemberdayaan masyarakat.

"Kajian mendapati hampir RM2 bilion sepatutnya diberikan kepada Kelantan, berdasarkan kiraan sejak tahun 2004 dari hasil di perairan tanahair dan di kawasan tuntutan bertindih (dengan Thailand)," kata Salahuddin.

Mustapa turut berkata Kerajaan Pusat akan meneruskan rancangan ini sekiranya Kerajaan Negeri enggan bekerjasama.

'Filem Malaysia Gagal Terap Unsur 'Islam'

Industri perfileman di Malaysia dikatakan masih gagal dalam menghasilkan karya yang mampu menerapkan unsur-unsur Islam untuk menyampaikan dakwah kepada masyarakat secara lebih berkesan.

Penulis novel popular, Ayat-ayat Cinta yang berasal dari Indonesia, Habiburrahman el-Shirazy, berpendapat pembikin filem di negara ini masih tidak berani untuk menonjolkan seni Islam dan amalannya dalam karya mereka menyebabkan mereka ketinggalan berbanding hasil dari negara jiran itu.

Beliau berkata apa yang paling penting adalah niat dan masyarakat semestinya akan melihat hasil dan ini semua bergantung kepada penulis itu sendiri.

"Malah, di Malaysia mereka masih tidak berani menaikkan nilai dan imej-imej Islam dengan lebih mendalam dan contoh yang paling mudah ialah seperti aktiviti keagamaan di dalam masjid.

"Tetapi di Indonesia, kita mengangkat masjid sebagai nilai Islam dan kalau ada nilai, kena ada simbolnya iaitu masjid itu sendiri. Ini yang kita buat untuk masyarakat di sana ," katanya ketika ditemui semasa program 'Hari Hiburan Islam' di Kota Bharu hari ini.

Debat Royalti Minyak Ditangguh

Debat royalti petroleum yang dijadualkan berlangsung di Kota Bharu Sabtu ini, telah ditangguhkan kerana pihak penganjur tidak menerima pengesahan dua ahli panel yang dijemput. 

Mereka ialah Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Mustapha Mohamad dan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Nazri Abdul Aziz.

Penganjur debat tersebut, Gerakan Bertindak Kembalikan Royalti Rakyat (GEGAR) berkata pegawai pejabat dua menteri berkenaan telah mengesahkan menerima surat jemputan debat. 

Dua lagi ahli panel - exco kerajaan Kelantan, Datuk Husam Musa dan naib presiden PAS yang juga ahli parlimen Kubang Kerian, Salahuddin Ayub - telah mengesahkan menyertai debat tersebut.

Walaupun ditangguhkan, kata GEGAR, pihaknya akan berusaha untuk menjayakan program debat tersebut dan akan menetapkan tarikh baru setelah mendapat persetujuan semua ahli panel.

Imej Blog : PAS Kelantan Buat Laporan Polis

PAS Kelantan hari ini membuat laporan polis berhubung ilustrasi grafik yang bersifat provokatif membabitkan Menteri Besar Kelantan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat dan Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam sebuah laman blog. 

Setiausaha Keselamatannya Mejar (B), Mohamad Ibrahim membuat laporan itu di Ibu Pejabat Polis Daerah Kota Bharu pukul 12 tengah hari.

Beliau diiringi 20 anggota PAS termasuk Naib Ketua Dewan Pemuda PAS Negeri Hisham Fauzi.

Mohamad berkata beliau membuat laporan itu kerana berpendapat tindakan penulis blog itu adalah bersifat provokatif dan bertentangan dengan undang-undang.

- Bernama



Sumber : Malaysiakini

SELENA TAY : Awas, Bermacam 'Game' Sedang Dilakonkan BN - Harakahdaily

Pada masa ini terdapat beberapa jenis game yang sedang dimainkan serentak oleh BN.  Diantaranya ialah:-

1) 'Game lakonan/Acting game':
Disini watak utama ialah seorang lelaki muda bernama Saiful yang berlakon dalam filem berjudul Liwat Bab 2.  Walaupun lakonannya tidak memuaskan langsung,  penulis berpendapat mungkin beliau akan berjaya meraih anugerah pelakon terbaik dari pihak BN.

Dalam skrip baru ini yang telah ditiru dari skrip lama, Saiful telah membuat tuduhan bahawa beliau telah diliwat oleh Anwar Ibrahim, ketua pembangkang dari Parti Keadilan Rakyat (PKR).  Pada masa kejadian tersebut dalam tahun 2008, Anwar pun sudah berumur 60 tahun lebih dan adalah sukar untuk dipercayai bahawa seorang lelaki muda yang berumur 20 tahun lebih seperti Saiful tidak mampu melepaskan satu tumbukan yang hebat untuk menjatuhkan Anwar jika diserang oleh Anwar seperti yang diceritakan olehnya di Mahkamah.  Takkan Saiful begitu taufoo sekali sehingga tidak boleh berlawan dengan Anwar yang juga mempunyai backache sejak dipenjarakan atas tuduhan korupsi dulu yang merupakan fitnah juga.

Tuduhan liwat ini memang mustahil dipercayai oleh orang yang berfikiran waras dan logik.

2) 'Game agen/Agents’ game':

Royalti : Ku Li Sedih Amanah Tun Abdul Razak Dilupakan

KUALA LUMPUR,5 Jan: Bekas Pengerusi Petronas, Tengku Razaleigh Hamzah hari ini sekali lagi mempertahankan tindakan beliau memberikan penerangan kepada rakyat mengenai Petronas dan Akta Kemajuan Petroleum 1974 di Kelantan baru-baru ini.

Beliau yang lebih mesra dengan panggilan Ku Li dalam satu sidang media di kediamannya petang tadi berkata, adalah menjadi tanggungjawab beliau untuk menjelaskan kepada seluruh rakyat Malaysia, bukan sahaja di Kelantan mengenai perjanjian yan dibuat di antara kerajaan negeri itu dengan Petronas di bawah Akta Pembangunan Petronas 1974 (PDA) sewaktu beliau menjadi pengerusi.

"Saya berasa gembira menghadiri majlis tersebut kerana saya berpeluang memberikan penerangan kepada rakyat berhubung perjanjian Petronas pada 1974 dahulu", katanya.

Ku Li yang juga Bekas Menteri Kewangan juga berkata, beliau hanya ingin menunaikan amanah Perdana Menteri Kedua, Allahyarham Tun Abdul Razak yang mahukan hasil minyak diagih-agihkan kepada negeri-negeri di Pantai Timur, Sabah dan Sarawak jika terdapat minyak di persisiran pantai negeri berkenaan.

Ku Li juga kesal dengan keengganan kerajaan Barisan Nasional untuk mengagihkan hasil minyak kepada Terengganu dan Kelantan seperti yang diminta Tun Abdul Razak.