Memaparkan catatan dengan label CERAMAH. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label CERAMAH. Papar semua catatan

Undi Pakatan Rakyat Pasti BN Bawa Pembangunan


SUARAKEADILAN - SIBU 14 Mei - Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak amat takut kehilangan undi kaum Cina di Sibu apabila sanggup menabur RM18 juta untuk sekolah Cina dan mubaligh - sesuatu yang tidak pernah dilakukan SUPP-Barisan Nasional selama lebih 40 tahun mewakili kawasan parlimen ini.

Ahli Parlimen Rasah, Anthony Loke berkata perkara ini amat mengejutkan sehingga pengerusi persatuan sekolah Cina di Sibu berkata kepada beliau ini pertama kali jumlah sebesar ini diterima masyarakat Cina sepanjang 40 tahun lalu.

"Mengapa Perdana Menteri sendiri berkempen dalam pilihan raya kecil sampai turun ke Sibu sebanyak dua kali? Mengapa beliau sanggup beri berjuta-juta kepada sekolah Cina di sini? Jawapannya senang kerana tidak mahu undi Cina lari kepada Pakatan Rakyat sebagaimana berlaku di Rasa, Hulu Selangor baru-baru ini.

Mengimbau Malam Kempen-Hulu Selangor






Pejabat Angkatan Muda Keadilan
Cabang Jasin

92 Peratus Rakyat Malaysia Percaya Media Baru

Sebanyak 92 peratus rakyat Malaysia mengikuti media baru seperti laman sosial Facebook dan Twitter, kata pensyarah kanan Universiti Malaya Prof Dr Abu Hassan Hasbullah.

Katanya, jika dibandingkan dengan Amerika Syarikat dan Eropah, Malaysia mempunyai lebih ramai pengikut setia media baru yang lebih percayakan laporannya berbanding dengan media arus perdana.

Menggalakkan penyertaan golongan muda dalam jaringan sosial, Abu Hassan mengajak lebih banyak penyertaan golongan tersebut di internet.

Bercakap kepada kira-kira 900 pemuda di Kongres Anak Muda Kebangsaan di Petaling Jaya, Abu Hassan berkata kebangkitan media baru sekarang ini telah menjadi semacam “agama” pada masa kini.

Katanya, untuk membawa perubahan dalam negara ini, orang muda mestilah melangkah setapak lagi memasuki media baru dan meninggalkan politik lama.

SMM 'Bergelimpangan' Teruskan Kongres

Selepas halangan demi halangan, Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM) hari ini meneruskan kongres gerakan mahasiswa anjuran mereka dengan penuh daif, sehingga pesertanya terpaksa duduk bergelimpangan di lantai.

Walaupun program tersebut berlangsung di tempat yang penuh selesa di sebuah dewan milik Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ), kumpulan tersebut mendakwa kerana “mahalnya” dewan itu, mereka tidak lagi mampu menyewa kerusi.

“Kami tidak mampu bayar. Dewan ini bukannya murah. Cuba tengok di sebelah sana,” kata pengerusinya Hilman Idham sambil menunjuk ke arah tabung derma yang diletakkan di sebelah pintu masuk dewan tempat program itu berlangsung.
Semalam, sebuah universiti universiti di Lembah Klang Universiti Malaya (UM) dilaporkan melarang pelajarnya menghadiri program anjuran SMM - yang sering dilabelkan propembangkang.

Dalam notis yang ditampal di sekitar universiti itu semalam, kongres tersebut didakwa bakal membincangkan isu-isu politik yang didakwa bertentangan dengan Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU).

Lompat Parti: Umno Beli "Kuda Patah Kaki"

KEPONG 7 Mac - Tindakan Umno membeli tiga Ahli Parlimen KEADILAN disifatkan Exco Kanan Kerajaan Negeri Kelantan Datuk Husam Musa sebagai mengguna kuda sakit atau patah kaki untuk berperang.

"Sekarang Umno dan Barisan Nasional sudah beli wakil rakyat KEADILAN dan tukar jadi wakil rakyat bebas. Dulu masa mengundi mereka menang atas tiket Pakatan Rakyat tetapi selepas ambil wang dari Umno mereka jadi bebas.

"Malangnya Umno sudah beli kuda sakit atau patah kaki. Mana ada orang pakai kuda sakit atau patah kaki untuk pergi perang," kata Husam dalam ucapan ringkas beliau pada jamuan makan malam anjuran DAP Kepong di Taman Usahawan Kepong, Kuala Lumpur semalam.

Turut hadir Ketua Umum KEADILAN Datuk Seri Anwar Ibrahim, Ketua Parlimen DAP Lim Kit Siang, Ahli Parlimen Kepong selaku tuan rumah Dr Tan Seng Giaw, Ahli Parlimen Taiping Nga Kor Ming dan Ahli Parlimen Rasah Anthony Loke.

Husam berkata jika Pakatan Rakyat dan rakyat bersatu sudah tentu Umno dan BN dapat ditumbangkan pada pilihan raya umum akan datang.

Umno Pening Kepala Nak Jatuhkan Pakatan Rakyat

SHAH ALAM 7 Mac - Kebobrokan serta nafsu serakah Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dan isteri beliau, Datin Seri Rosmah Mansur sudah sampai ke tahap keterlaluan serta melampaui batas dengan pelbagai asakan bertubi-tubi semata-mata bertujuan hendak menjatuhkan kerajaan Pakatan Rakyat.

Ketua Umum KEADILAN Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata tindakan rakus pimpinan rejim Umno-Barisan Nasional ini seolah-olah tidak berpenghujung kerana sebanyak mana sekalipun asakan yang datang selagi itulah Pakatan Rakyat akan terus menentang.

Menurut beliau perjuangan dan hala tuju KEADILAN bersama dua gergasi DAP dan PAS tidak pernah luntur disebabkan rintangan dan cabaran yang mendatang malah kekuatan yang dimiliki ketiga-tiga komponen Pakatan Rakyat membuatkan Najib dan kuncu-kuncunya tidak lena tidur.

"Kita memang tahu Umno hidup dalam keadaan resah, gelisah. Tak duduk diam fikir macamana nak gaduhkan sesama Pakatan Rakyat.

"Dalam mimpi pun keluar cara macamana nak lagakan kita," katanya dalam ucapan perdana pada Konvensyen Pakatan Rakyat Selangor di Shah Alam hari ini.

Anggota FRU Rempuh Majlis Sambutan Pakatan Rakyat

KUALA LUMPUR 8 Mac - Takut berdepan dengan gelombang rakyat yang menuntut perubahan radikal senario politik tanahair, Umno dan Barisan Nasional sekali lagi memperalatkan anggota keselamatan untuk mempertahankan sistem pemerintahan yang berlandaskan penindasan dan kezaliman berterusan terhadap rakyat.

Malam tadi lebih 30 anggota FRU, dua trak meriam air dan berpuluh-puluh anggota polis dikerahkan untuk mengganggu dan menghalang Pakatan Rayat daripada menyambut ulangtahun kedua kemenangan Pakatan Rakyat Wilayah Persekutuan di Kelab Sultan Sulaiman.

Anggota FRU yang berpakaian lengkap merusuh masuk ke dalam perkarangan premis di mana acara sambutan diadakan apabila sahaja Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim menamatkan ucapan beliau dan Ahli Parlimen Gombak Azmin Ali mula berucap pada pukul 9:45 malam.

Keadaan kecoh tercetus apabila anggota FRU cuba menghalang Azmin meneruskan ucapan beliau dan petugas Skuad AMK serta anggota keselamatan Pakatan Rakyat terpaksa berdepan dengan keganasan anggota FRU.

Ketua Skuad AMK Abdul Khalid Hassar serta dua ahli skuad, Naguib Mahfuz Ismail dan Tahir Said cedera dipukul dengan perisai dan cotar.

3,000 Banjiri Dewan Dengar Ceramah Anwar

Lebih 3,000 orang yang membanjiri Dewan Sri Siantan di Batu Caves malam tadi untuk mendengar pemimpin Pakatan Rakyat bercakap mengenai kes liwat melibatkan Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Para penceramah di program 'Bersama Selamatkan Malaysia' itu - termasuk Anwar sendiri - berkali-kali menegaskan bahawa kes berkenaan sengaja diada-adakan untuk memfitnah dan mengaibkan bekas timbalan perdana menteri itu.

Di samping mengulas mengenai keterangan Mohd Saiful Bukhari di mahkamah, Naib Presiden PKR, Azmin Ali turut menyeru hadirin supaya memboikot akhbar Utusan Malaysia, dalam satu kempen 'bankrapkanUtusan Malaysia.'

"Saya seru supaya semua kerajaan Pakatan Rakyat dan juga syarikat berkaitan kerajaan (GLC) di negeri bawah Pakatan Rakyat supaya tidak lagi melanggan dan membeli iklan di Utusan Malaysia.

"Saya cadang supaya semua GLC bawah Pakatan Rakyat guna media baru termasuk Suara Keadilan, Harakah, Malaysiakini dan The Malaysian Insider," katanya lagi.

Tanpa 'Jeneralnya' Pun, Pakatan Tetap Kukuh

Pakatan Rakyat akan terus kukuh walaupun jika ketua pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim didapati bersalah atas tuduhan liwat dan merengkok dalam penjara.

Inilah mesej yang disampaikan oleh Anwar ketika berucap kepada kira-kira 2,000 orang yang menghadiri majlis ulangtahun pertama rampasan kuasa BN di Perak, yang dianjurkan oleh Pakatan di Air Tawar malam tadi.

Anwar percaya Umno tersalah tanggapan bahawa dengan mengeluarkannya dari arena politik, Pakatan akan tumbang.

Ketua pembangkang itu, yang mendakwa tuduhan liwat terhadapnya adalah satu konspirasi politik oleh musuh politiknya, menegaskan bahawa beliau berdepan dengan tugas yang berat.

"Insya-Allah, kita harap akan menang kes ini kerana kita mempunyai pasukan peguam yang kuat yang diketuai oleh Karpal Singh," katanya.

MP DAP Disiasat Mengikut Akta Hasutan

Ahli parlimen Teluk Intan M Manogaran dipanggil untuk siasatan polis hari ini, dipercayai mengikut Akta Hasutan, berhubung ucapannya pada satu ceramah minggu lalu yang mengaitkan Umno terlibat dalam serangan ke atas rumah ibadat.
Manogaran berkata ucapan itu dibuat dalam satu ceramah bersama beberapa pemimpin PKR termasuk ketua umumnya Datuk Seri Anwar Ibrahim di Teluk Intan pada 22 Jan lalu.

Katanya, pada ucapan berkenaan, beliau secara umumnya mendakwa Umno terlibat dalam siri serangan ke atas rumah-rumah ibadat.

"Tapi saya kata begitu dalam konteks Umno sebagai tulang belakang kerajaan. Jadi apa-apa yang berlaku kepada rakyat, Umno mesti bertangungjawab," katanya yang akan memberi keterangan di ibu pejabat polis daerah Setapak petang ini.

Tambahnya lagi, ketika dihubungi Malaysiakini, beliau bagaimanapun tidak mempunyai rekod ucapan berkenaan kerana berucap secara spontan tanpa teks pada ceramah di Cenderiang Balai itu.

Polis Naik Pentas Hentikan Ceramah Anwar

Siri ceramah Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim di Kampung Kerinci malam tadi kecoh ekoran polis bertindak menaiki pentas untuk memberhentikan ceramah tersebut.

Polis yang diketuai oleh Ketua Polis Daerah Brickfields ACP Wan Abdul Bari Wan Abdul Khalid bersama-sama beberapa anggotanya bertindak menaiki pentas ceramah itu di Blok L Flat PKNS Kampung Kerinci meminta ketua pembangkang itu berhenti menyampaikan ceramah.


Kejadian itu berlaku kira-kira jam 11.35 malam, selepas setengah jam Anwar yang juga ahli Parlimen Permatang Pauh memulakan ceramahnya.

Kejadian tersebut disaksikan kira-kira 500 hadirin yang hadir di situ sejak jam 8.30 malam.

Ketika itu Anwar sedang mengulas mengenai pertuduhan liwat terhadapnya serta usaha beliau mendedahkan isu-isu antaranya seperti pembelian kapal selam, kematian Teoh Beng Hock dan kehilangan enjin Jet.

ANWAR DI MELAKA


Anjuran Parti KeADILan Rakyat