Memaparkan catatan dengan label KEADILAN UNTUK AMINULRASYID. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label KEADILAN UNTUK AMINULRASYID. Papar semua catatan

Keluarga Saksi Buat Laporan 'Cubaan Bunuh'

MALAYSIAKINI - Keluarga saksi utama kes pelajar 14 tahun yang mati ditembak polis, Aminulrasyid Amzah – Azamuddin Omar membuat laporan polis mengenai apa yang didakwa mereka sebagai percubaan membunuh ke atasnya.
Laporan itu dibuat di ibu pejabat polis daerah Shah Alam pada jam 2.12 petang hari ini oleh abangnya, Mohd Hafizzuddin Omar.

Azammuddin (pertama dari kanan) adalah penumang di bahagian depan ketika kereta yang dipandu oleh Aminulrasyid ditembak.
Remaja itu juga mendakwa tembakan berulang kali dilepaskan ke arah mereka oleh polis dan dia dibelasah selepas kereta mereka terhenti.
Hafizzudin juga meminta Kementerian Dalam Negeri menubuhkan satu badan bebas bagi menyiasat perkara itu dengan segera.

Lagi Saksi Sahkan Kenyataan Azamuddin

MALAYSIAKINI - Ahli parlimen Shah Alam Khalid Samad berkata, pemilik kenderaan yang bergesel dengan kereta yang dipandu Aminulrasyid Amzah, telah bertemu denganya dan menceritakan peristiwa sebelum remaja itu ditembak mati oleh polis pada 26 April.

Kha
lid berkata, ahli perniagaan tersebut tampil menemuinya kelmarin (Selasa) dan meminta pandangannya berhubung tindakan lanjutnya yang patut diambil.

“Dia asalnya tidak mahu campur. Dia takut direman,” katanya yang enggan mendedahkan indentiti pihak terbabit buat masa ini.

Bagaimanapun, selepas dinasihatkan, Khalid menambah, pemilik kenderaan tersebut membuat laporan polis berhubung kejadian tersebut di ibu pejabat polis daerah (IPD) Shah Alam di seksyen 11 pada sebelah malam selepas pertemuan tersebut.

Rakan Mangsa – Tiada Rempuhan?


KHAIRUL ADLI ABDULLAH - Kejadian yang menimpa seorang remaja 15 tahun, Allahyarham Aminulrasyid, menggemparkan kita dan mengcalarkan imej Polis DiRaja Malaysia(PDRM). Saya berasa amat dukacita dengan tragedi yang menimpa keluarga mangsa.

AMK Gesa Najib Pecat Musa Hassan


SUARA-KEADILAN - SHAH ALAM 1 Mei - Ketua Angkatan Muda KEADILAN, Shamsul Iskandar Mohd Akin menggesa Perdana Menteri dan Menteri Dalam Negeri memandang serius kenyataan Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan dalam respon beliau kepada media mengenai insiden tembakan ke atas Allahyarham Aminulrasyid Amzah beberapa hari lepas.

Dalam kenyataan beliau yang dilaporkan oleh beberapa media internet dipetik sebagai berkata jika anda tidak mahu polis menguatkuasakan undang-undang, saya boleh arahkan anggota-anggota saya supaya jangan buat apa-apa termasuk memeriksa kenderaan atau menangkap Mat Rempit yang memandu tanpa lesen.

Saksi: Aminulrasyid Tidak Rempuh Kenderaan Polis!



Pejabat AMK Jasin